Wednesday, 26 June 2013

Sabarlah walau sekelip Mata @@

Bumi yang mana tidak ditimpa hujan, jiwa yang mana yang tidak pernah resah. Hidup yang mana tidak pernah susah..

Mungkin ada di antara kita sekarang sedang sedih, yalah hidup mana yang 'happy' selalu ye tak? Kalau happy memanjang bukannya manusia, unka la kot hehe jangan marah.

Bila dilanda masalah yang paling membebankan kepala adalah perasaaan 'sedih'. Sedih sangat-sangat sampai menitik air mata jawapannya. Pstt..Apa yang disedihkan sangat tu? bisik member sebelah meja kat ofis..'lakinya ada orang lain lah tu..'  geng kak senah sebelah meja asyik bergossip.

Macam-macam masalah ada, ada laki main kayu sejuta, suami keluar pintu depan, isteri keluar ikut tingkap, anak sibuk memboh sana, memboh sini,,belum tambah yang lalok bawah jambatan.

Ada lagi, kais pagi makan pagi, kais petang langsung tak makan, duit tak pernah cukup, budget nak puasa ada, budget nak raya tak ada, pangkat tak naik-naik dok jadi tukang kipas jer,,tak pernah jadi pengantin...belum lagi yang sunyi sepi tak berteman, nak kahwin, batang pinang pun tak nampak..

Mungkin anda tak faham dengan kiasan di atas, jangan pening itu kiasan hak cipta terpelihara penulis sahaja. Kalau tak faham silalah tanya. Isi kotak komen bawah entri ni ya.

Apa yang ingin disampaikan di sini, jika kita bersedih kerana di duga dengan pelbagai masalah janganlah anggap hanya kita sahaja yang paling malang dalam dunia ni. Jangan fikir yang orang lain tak pernah rasa sedih, dan tak ada masalah. Itu hanya menambah beban di dalam hati anda.

Namapun hidup, mungkin kita menghadapi kesusahan sekarang siapa tahu masa depan? Allah s.w.t tak pernah kejam terhadap hamba-hambaNya, setiap dugaan yang berlaku ada tersembunyi hikmah walaupun sekelumit dan buat kita memang tak akan pernah nampak.

Mesti ada yang bertanya, hikmah apa? kalau Allah s.w.t sayang kita, kenapa kita di uji dan dibeban dengan pelbagai masalah...tapi kita terlupa bertanya pada diri kita sendiri semasa kita senang melakukan dosa dengan sengaja, ada kita fikir pembalasan Allah s.w.t.

Jadi, terimalah hakikat kita bukan maksum yang tak pernah buat apa-apa dosa, tak kira kecil atau besar. Terima dan redhalah setiap masalah yang sedang kita tanggung sekarang adalah pembalasan dari Allah s.w.t yang diberikan kepada kita sementara di dunia ini.

Tak sanggup?? Pilih sama ada kita hendak menanggungnya di dunia ini atau di akhirat kelak? Sebagai umat Islam yang melafazkan Laila Hailallah...percaya setiap perbuatan walau sebesar zarahpun tetap ada pembalasan.

Redhalah atas setiap ujian kerana ia akan meringankan beban kita di akhirat kelak. Menangislah jika itu akan melegakan kita, tapi jangan kalah untuk bangkit semula dan bersujud pada yang Esa memohon keampunanNya dan berdoalah semoga dipermudahkan urusan kita.

Jiwa mana yang tiada pembalasan? Semua akan merasa saat itu, 'yang menguasai Hari Pembalasan'....

Jangan pernah berputus asa dari RahmatNya, "Sabarlah walau sekelip mata" wahai teman....






















No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.