Thursday, 6 June 2013

Rentetan nak jadi Ahli HPA online

Ahad lepas saya ada daftar untuk join ahli HPA. Apa itu HPA? Alah yang pengeluar kopi Radix, "Mai Secawan" tu..

Sebenarnya dah lama saya nak join member, tapi tak berkesempatan. Puas mencari agen yang ada dekat tempat tinggal saya, tapi tak jumpa-jumpa. Akhirnya saya jumpa cara daftar ahli online.

Apa lagi saya daftar masa tu juga http://www.hpa-online.net/?id=sufiMS . Bank in RM30 pastu tunggu admin page reply email. Tunggu punya tunggu, email tak ada yang balas. Yalah kan, saya nak tahu juga bila saya boleh dapat sales kit.

Bukan apa, saya join HPA ni bukan semata-mata pasal nak bisnes, tapi sebab saya pengguna produk dia. Setakat ni saya memang peminat kopi Radix.

Satu lagi produk yang saya dah guna 'Minyak Kelapa Dara' memang berkesan sangat. Masa Ali kena ruam lampin, sapu minyak Kelapa Dara HPA, sekejap je baik ruamnya. Itu yang buat saya berniat jadi ahli.

Bila tunggu reply dari admin page lambat sangat, saya mula risau...asudah kena tipu ke aku ni, jadi saya cuba lagi hubungi admin. Akhirnya admin reply cakap web saya dah aktif.

Hurh.. lega ingatkan dah kena tipu. Saya dah plan kalau kena tipu memang saya nak buat report polis je..memanglah tak banyak RM30 tu, tapi bagi saya yang kerja duduk rumah ni, terasa weh kalau RM30 burn macam tu je.

Jadi Alhamdulillah, web pun dah aktif http://www.hpa-online.net/?id=sufiMS , cuma ID ahli dengan sales kit je belum dapat lagi. Harap dalam minggu depan dah boleh dapat.

Kalau ditengok, banyak produk yang ada dari HPA ni, ada beberapa produk yang saya berminat nak cuba. Terutama produk herba dia, nampak menarik dan harga pun tak mahal.




No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.