Thursday, 13 June 2013

Penangan drama "TEDUHAN KASIH"

Kalau nak kira jarang sangat saya layan drama melayu ni, cess macam kerek je kan, 'I tak mainlah tengok citer melayu ni' antara dialog makcik senah yang perasan omputeh sangat hehehe.

Okay itu makcik senah yer, saya pun bukanlah layan sangat citer omputeh,hehe. Oo ya buat masa sekarang saya giler cerita korea. Boleh tak tido satu malam demi citer korea. Kalau tak tido satu malam sebab solat tahajud kan lagi bagus ye tak...

Lepas slot Akasia TV3 Nora elena, kali ni drama Teduhan Kasih pulak yang buat saya setiap hari tertunggu-tunggu nak tengok. Aiyak memang kacau daun betullah, sebab macam biasa drama ni tayang dekat waktu maghrib. Tapi itula, macam makcik senah, kira apa waktu maghribkan, ada lagi waktu nak sembahyang katanya, belum masuk isyak..lagi makcik senah tak kira baru je cakap tak main tengok drama melayu,,hipo sangat kan hehehe.

Tentang drama ni, bagi saya penyeri cerita nya adalah watak antagonis yang ada, terjerit pekik macam apa je, tapi bagi saya jadi watak kelakar dalam cerita ni bila, kak long dan mak tiri iffa macam orang hilang akal 'tension' sebab dah tak dapat buli heroin.

Satu lagi yang menarik tentang drama ni OSt nya, lagu hanya aku tu best pulak...ermm sedih..


No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.