Sunday, 23 June 2013

Mencari Kurma

Kurma Tunisia yang sedap ~ kurang manis

Bukan semanis kurma ya,,hehe. Masa mengandung aritu puaslah mencari kurma nak buat ubat tambah darah. Merata cari tak dapat. Akhirnya dapat jugalah, itupun member ofis en. Asben tolong belikan kat pasar malam dekat rumahnya.

Sebenarnya apa masalah buah kurma ni susah sangat nak jumpa kalau bukan bulan puasa. Membebel saya pada En. Asben, dia jawab bulan tak puasa kurang permintaan itu yang susah nak jumpa..bukan musimnya kot..

Oleh sebab rasa nak tahu tinggi sangat pasal kurma, bukan susahpun kan tanya je pakcik gugel, jadi saya dapat info dari blog ni http://abunusaircty.blogspot.com, antara infonya, kurma ni memang bermusim rupanya, waktu buah kurma masak memang dekat-dekat bulan poser...wah memang menarik.

Serba sedikit dari blog tersebut, minta izin copy ye tuan blog! (Kalau tak bagi sila email saya)

Pada bulan februari pohon kurma jantan berbunga setahun sekali sama dengan kurma betina . Bezanya bunga jantan ia mengeluarkan debu-debu halus. Pada bulan ini ketika kurma betina mengeluarkan bunga, petugas (terdiri dari mereka yang berbangsa Arab) akan memanjat pokok kurma betina dan dijalankan proses kahwin bunga, ditepuk-tepuk,disapu dua tiga ranting bunga jantan kepada setandan bunga betina yang terkembang dari tandannya. Ternyata untuk menghasilkan buah kurma yang elok berkualiti, ia mesti 'disenyawakan' oleh tangan manusia, tidak boleh melalui binatang atau diterbangkan oleh angin. 

Pokok kurma tidak akan berbuah dengan sempurna jika tidak dicantum oleh tangan manusia. Buah kurma tidak akan masak jika suhu kurang dari 55oC. Bulan Julai adalah musim kurma masak ranum manakala bulan ogos adalah musim menuai.

"Allah s.w.t.jadikan buah kurma cukup istimewa. Cuba perhatikan sepanjang ia berada diatas pokok tidak ada seekor binatang atau burung yang mematuk atau merosakkannya. Ini kerana buah tidak berbau. Allah s.w.t pelihara dan memuliakannya. 


 Kurma mengandungi khasiat pemakanan yang tinggi seperti protein, serat, gula, vitamin A dan C serta zat galian seperti besi, kalsium, sodium dan potasium
Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis.. Dikalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah dikalangan orang kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam.
Firman Allah s.w.t. dalam surat al_Mukminun ayat 19, “Lalu dengan air itu, Kami tumbuhkan untuk kamu kebun-kebun kurma dan anggur; di dalam kebun-kebun itu kamu peroleh buah-buahan yang banyak dan sebahagian dari buah-buahan itu kamu makan”, 





No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.