Sunday, 2 June 2013

Kurang darah masa mengandung -Iberet Folic Acid

Masalah utama saya bila mengandung mesti kurang darah. Bila cek HB, mesti rendah. Macam-macam usaha saya buat nak tambah darah, makan kerang,bayam,daging tapi macam tu lah jugak keadaannya.

Jadi keadaan saya masa mengandung memang agak teruk, tak macam orang lain,  segar bugar, saya layu layan..ada ke perkataan ni hehe



Oklah, entry kali ni saya nak sharekan vitamin atau ubat yang saya dapat dari Doktor sebelum bersalin haritu. Iberet Folic acid. Untuk dapat ubat ni kebiasaannya hanya atas arahan doktor sahaja, pasal dosnya agak tinggi dan tak sesuai untuk orang yang tak ada masalah kurang darah atau anemia.
Dos:
Ferrous Sulfate - 525 mg

Vitamin C - 500 mg

Niacinamide - 30 mg

Vitamin B1 - 6 mg

Vitamin B2 - 6 mg

Vitamin B6 - 5 mg

Vitamin B12 - 25 mcg

Folic Acid - 800 mcg


Cara makan, sebiji sehari, boleh makan setengah jam sebelum sarapan pagi atau sebelum tidur waktu malam. Boleh pilih lah waktu bila yang sesuai dengan anda.

Macam saya, suka ambil waktu sebelum tidur. Jangan makan vitamin ni dengan susu/air soya/kopi/Teh/ minuman berkafein, itu pantang dia. Sebab kafein menghalang penyerapan zat besi dan vitamin C.

Digalakkan ambil dengan jus buah-buahan. Sebab Vit C diperlukan untuk penyerapan zat besi. Saya biasanya minum dengan jus oren sunquick tu je. Kalau nak minum dengan ribena pun ok juga.



No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.