Saturday, 29 June 2013

Khabar Duka di hari Bermakna


Masa dengar lagu 'Happy Birthday' dari mainan pesakit depan katil Arif, ini bermakna saya sambut birthday hari Tua tadi di hospital.

Ya, Arif masuk wad untuk 3 hari sebab diserang sawan tarik atau dalam terma medik,, neonatal epylapsy/Tonic Seizure.

Sebenarnya terus terang saya masih tak dapat terima kenyataan yang baby saya sekarang sakit.

Sampai bila saya tengok video youtube pasal penyakit ni, baru saya terasa...hanya Allah s.w.t yang tahu perasaan saya sekarang. Ya Allah dugaan apa yang sedang saya jalani sekarang?




Arif di diagnosis kena 'tonic seizures' pada umur yang baru 55 hari....apa yang jadi pada Arif sama macam dalam video ni, dan saya langsung tak tahu rupanya tanda macam ni maknanya baby tengah diserang sawan tarik...memang tak terfikir langsung!

Saya nak becerita lagi panjang, tapi penat sangat sekarang sebab baru je balik dari hospital. Insya Allah saya akan update info pasal penyakit ni nanti.

Inilah 'Khabar Duka di hari Bermakna' yang baru saya dapat, baru saya sedar saya di duga lagi...
 

No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.