Sunday, 23 June 2013

Kenapa berhenti kerja di Astro?


Semalam saya pergi open interview kat Mines Wellness Hotel anjuran Country Height. Iya saya tengah cari kerja sekarang ni. Duduk kat KL mana boleh En. Asben sahaja yang kerja. Semua benda nak kena bayar.

Kalau ikutkan hati saya malas nak pergi, bukan apa hati rasa nak kerja dari rumah je, babypun kecik lagi,, tapi dah ada peluang nak interview pergi la kan, mana tahu rezeki ye tak. Jadi saya pergilah juga..dah semalam hari last interview mana boleh tangguh lagi.

Bersiaplah siap pakai shawl lilit-lilit kepala, dekat setengah jam depan cermin, akhirnya tanggal pakai tudung segera je,haha lagi selesa,,pelik macam manalah orang yang boleh pakai shawl berlapis-lapis, tak panas ke?

Wah ada yang hairan pasal apa baru nak cari kerja pula, itula orang umur dah 3 series ni patutnya kerjaya dah stabil. Saya baru terkedek-kedek taraf junior exec je hahaha. Orang lain paling cikai dah assistant manager.

Sibuk nak bandingkan diri dengan orang lain kan...biasalah manusia kalau tak banding membanding tak sah. Suka duka orang lain tu ada kita tahu?

Okayla, tajuk pasal berhenti kerja, merapu ke mana entah,,

Lepas belek-belek resume, interviewer pun tanya Oo last bekerja dengan astro?*terjemah daripada bahasa omputehnya,, Kenapa berhenti kerja dari Astro?

Aha,,ini memang soalan cepu emas yang ditunggu, tahu dah mesti kena tanya punya. Maka saya menjawab, termengandung masa tu, pastu morning sickness teruk langsung tak larat nak kerja, jadi minta unpaid leave, sayangnya saya masih dalam kontrak jadi unpaid leave memang tak ada. Nak taknak terpaksalah berhenti.

Dapat ke tidak Wallah Hualam, kalau dapat diaorang akan call, kalau ada rezeki adalah, kalau tak rezeki mungkin di tempat lain.

Sayang nak berhenti dari Astro dulu, dah la banyak benefit kerja sana, bila dah tetap  hantar anak ke nursery boleh claim, astro free semua channel, support further study, huhu mengalir air mata jugalah melepaskan semua impian yang ada...tapi apa boleh buat, jodoh tak panjang...

Oh ya yang best pergi interview dengan country height ni dapat gift baucer di atas, duduk-duduk dapat baucer,,rezeki juga tu..tapi rezeki baucer je la..Alhamdulillah.


No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.