Thursday, 13 June 2013

Hilangkan 'stress' dengan cara berfikir

Agak pelik kan tajuk ni, bolehke hilangkan stress dengan berfikir. Ada orang kata kalau stress jangan banyak berfikir, nanti makin tambah stress.

Tapi tahukah anda, ada sesetengah manusia boleh hilangkan stress yang di alaminya dengan hanya berfikir. Ya! dengan hanya berfikir.

Salah satu cara yang paling berkesan adalah berfikir macam mana untuk anda memujuk diri sendiri.

Luahkan rasa kecewa anda sepenuhnya dengan menulis kata-kata hikmah atas sekeping kertas. Tuliskan setiap kata-kata yang positif contohnya

'Kita tak mampu mengawal apa yang orang lain lakukan,tapi kita mampu mengawal apa yang akan kita lakukan'

'Setiap kesedihan dan kedukaan yang kita alami adalah ujian daripada Allah s.w.t, jangan kita menghukum diri kerana hanya Allah s.w.t sahaja yang berhak menghukum kita...'

'Maafkanlah, kerana kita juga bukan insan sempurna...'

Jangan tulis perasaan kecewa anda secara negatif, contohnya...'kenapalah dia sakitkan hati aku?', 'Dia memang tak guna', atau apa saja perkataan negatif lain kerana perasaan negatif hanya akan menambah stress.

Ada juga sesetengah orang yang menghilangkan stress dengan memenatkan diri contohnya mencuci dan menyental rumah sehingga bersih dan ada juga yang hilangkan stress dengan bermain sodoku.

Walau apapun cara untuk kita hilangkan stress, pilihlah cara yang tidak membawa kita melakukan perkara yang lebih negatif di dalam hidup.


No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.