Sunday, 23 June 2013

Hantu Jeruk!

Jeruk Penang dari Ibu Mertuaku

Nampaknya demam hantu telah melanda kebelakangan ni, hantu jeruk, blogger hantu,,macam-macam hantu ada. Saya pula memang dilabel sebagai hantu jeruk oleh famili.

Boleh dikatakan jeruk yang paling femes di Malaysia tentulah jeruk dari Penang. Saya pun hairan macam manalah industri jeruk boleh berkembang di penang, kalau pergi penang tak beli jeruk memang tak sah.

Kalau tengok sendiri deretan kedai-kedai yang menjual jeruk memang boleh buat rambang mata, macam-macam ada, salak, kelubi, mangga, betik, kedondong,sengkuang..pergh meleleh air liur.

Bukan setakat jeruk basah je, asam jenis keringpun ada, asam katak,asam limau, asam tomato pun ada,,pelik tapi memang wujud. Pernah rasa masa beraya ke rumah sahabat.

Asam katak masa kecik dulu saya ingatkan buat dari taik katak hahaha, rupanya asam katak tu asalnya 'asam' yang di ketuk...org utara sebut ketuk tu 'katak' jadi itulah asal usul nama asam katak..

Walau macam manapun, bagi hantu jeruk sekalian, berpada-padalah bila makan jeruk, memanglah sangat sedap tapi kandungan asid yang tinggi dalam jeruk memang tak bagus untuk kesihatan.

Selain asid, bahan kimia lain seperti sodium benzoate yang digunakan untuk mengawet jeruk juga tak bagus untuk badan. Kalau tak jaga, lama-lama boleh menyebabkan kanser.

Bagi pelajar pula jeruk boleh melemahkan daya ingatan dan menyukarkan proses pembelajaran.

Satu je kebaikan yang saya nampak pada jeruk, kalau sesiapa yang sembelit silalah makan jeruk, kalau tak ada masalah pada usus, 'kompem' masalah anda selesai...

Mmm sedapnya jeruk...eh,,jeruk Madu Pak Ali tak ada bahan pengawet katanya! ini mungkin boleh dijadikan solusi kepada hantu jeruk atau sesiapa yang mengidam semalaysia.





2 comments:

  1. ingt lg zaman mkn jeruk anggur yg sokmo beli kat pekan sari jerantut..dan mkn kt pondok santai2 dpn bilik warden..dgn air jeruk tu pun siap hirup..hihi

    ReplyDelete
  2. haha sedap betul jeruk tu kan wani, paling tak boleh lupa jeruk kelubi, susah dah nak jumpa sekarang :D

    ReplyDelete

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.