Wednesday, 26 June 2013

Halba (Fenugreek) dan susu badan


Oleh sebab saya menyusukan baby sekarang, saya tercari-cari cara macam mana nak tambah susu. Sebab masalah kurang susu memang biasa bagi mama yang menyusukan baby secara eksklusif.

Saya pula jenis tak makan makanan tambahan yang komersil yang ada 'brand' di pasaran. Bukan apa saya takut sangat kalau ambil 'supplement' akan bagi kesan sampingan pada kesihatan diri, terutama 'Hati'. Oh ya saya jadi sensitif pasal kesihatan hati sebab arwah abah meninggal berpunca dari penyakit hati.

Masa dalam pantang saya hairan bila saya makan gulai kari ikan masakan mak mertua, saya perasan bila nak susukan baby macam senang, susu keluar banyak. Bila tak makan kari susu macam kurang.

Terfikir agaknya pasal lemak santan kot yang banyakkan susu. Tapi bila makan gulai lemak kuning tu tak ada pula jadi macam makan kari. Jadi terfikir kot rempah halba yang guna untuk masak kari yang bagi kesan.

Hah tanya pakcik gugel, sungguh halba rupanya yang banyakkan susu. Patutlah...pasni senanglah, agak-agak susu macam kurang je, makan kari jawabnya.

Tapi kalau nak jaga badan, minum air halba sahajapun boleh, halba direbus dan airnya diminum. Cuma tak sesedap karilah kot.

Apapun ini memang cara paling jimat untuk tambah susu badan tak payah beli 'supplement' harga beratus dan yang pasti selamat untuk kesihatan kita.

No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.