Saturday, 22 June 2013

Blogger Hantu!


Saya ada terdengar desas desus yang cakap undang-undang untuk mewajibkan para blogger memaparkan identiti sebenar akan diperkenalkan. Tujuannya untuk mengelakkan dari wujudnya blogger Hantu!

Selain pada tu untuk memudahkan pihak tertentu memantau para blogger yang mungkin memberi maklumat palsu atau menyebarkan fitnah...agaknya mesti blogger artis dan politik.

Bagi saya undang-undang ni ada pro dan kontranya, kalau setakat nak tulis hal peribadi dan kehidupan sendiri, rasanya tak perlulah sampai nak dedahkan identiti. Malah kalau identiti diri didedahkan sepenuhnya boleh timbul masalah lain pula.

Mungkin boleh berlakunya kecurian identiti dan penyelahgunaan maklumat dari pihak yang tak bertanggungjawab.

Tapi jika di implementasikan untuk blogger artis atau politik mungkin sesuai, sebab info yang di bawa adalah info tentang mereka-mereka yang terkenal. Lainlah kalau nak cerita pasal makcik senah je pun tak kanlah kena dedahkan identiti blogger ye tak?

Oh ya, undang-undang ni juga sesuai untuk blogshop yang membuat jualan kepada orang ramai. Bukan apa, kalau pembeli dah kenal identiti penjual tak adalah pembeli rasa takut nak shopping online. Kalau kena tipu senang nak buat laporan polis.

Jadi atau tak kita tunggulah pengumuman dari pihak berwajib, kalau menjadi, harap sangat tak adalah undang-undang ni dikenakan pada blogger yang cuma meroyan hal peribadi sahaja.

Kenapa tak percaya?? betul tolonglah jangan dikenakan pada blogger yang cuma meroyan hal diri sendiri macam saya, betul bang sayalah ni...sayalah ni...saya tulen bang,bukan blogger HANTU!!.





No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.