Thursday, 13 June 2013

Apa itu Dana wang tenaga boleh baharu TNB


Dalam happy Arif dah sihat dari jaundis, Terkezut beruk bila tengok bil elektrik rumah bulan ni, caj sampai RM283.39 tu,bil semasa je, huhuhuhu

Rumah 850 sqft, penggunaan satu unit peti ais, mesin basuh, heater,water filter,air cond caj dekat tiga ratus, oow sick. Bulan lepas caj dalam seratus lebih, bulan ni naik ambik...gara-gara guna air cond la ni.

Tak guna air cond kesian pulak kat baby kepanasan, mak baby lagi la kesian,, sekarang dah la musim panas.
Bila guna, bil pula naik macam roller coster.

Eh, ada pulak caj 1% Dana wang tenaga boleh baharu dalam bil..apa ke bendanya tu? Ini jawapan dari FB TNB,

Terima kasih atas maklumbalas yang diberi. Untuk makluman cik, sistem FiT telah diperkenalkan di Malaysia sejak 1 Disember 2011. Skim FiT adalah satu mekanisme baru di bawah Akta Tenaga Boleh Baharu 2011, Polisi Tenaga Boleh Baharu & Pelan Tindak dalam menggalakkan penjanaan tenaga boleh baharu (RE), sehingga 30MW. FIT adalah satu mekanisme yang membenarkan tenaga elektrik yang dijana daripada sumber tenaga boleh baharu (TBB) oleh pemaju bebas dan individu dijual kepada syarikat utiliti bekalan elektrik (TNB) pada kadar tarif premium untuk satu tempoh yang telah ditetapkan oleh Kerajaan. Sistem FiT tidak dibiayai oleh kerajaan. Walaubagaimanpun, penyaluran kos kepada dana TBB iaitu, Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu merupakan hasil sumbangan 1% jumlah penggunaan bil elektrik pengguna yang menggunakan 300 unit ke atas (RM77). Dana mencukupi perlu diwujudkan untuk membiayai kos FiT dan menjamin bayaran sepanjang tempoh kontrak FiT. Untuk makluman cik juga, TNB hanyalah merupakan agen kutipan dana Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (KWTBB). FiT akan ditadbir dan diuruskan oleh SEDA Malaysia (dana TBB, permohonan, kelulusan dll). Sebarang maklumat lebih lanjut, cik boleh layari laman sesawang http://www.seda.gov.my. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Facebook TNB Careline. (Fathin Inani, TNB)


Rasa nak marah, tapi pada siapa?? nak kata ada pembaziran elektrik, penggunaan memang pada keperluan je....ntahlah, apa pun alasan, bayar tetap kena buat juga, nanti tak pasal bergelap pula satu rumah..sabar je la...

No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.