Thursday, 13 June 2013

25 SEN YANG BERMAKNA


Bagi sesetengah orang apa la sangat RM0.25 betulkan, kalau jatuh pun biarkan saja tak payah kutip balik. 

Tapi bagi saya yang baru dapat kempen (iklan) dari nuffnang, RM0.25 sangat-sangat bermakna. Inilah hasil pertama selama saya menulis blog, kelakar, orang lain dah beribu tak kecoh KAN. Orang lain itu lain punya cerita, tapi di sini saya punya cerita hehe.

Sebenarnya ada cerita yang saya nak kongsi dengan anda tentang duit bernilai 'sen'. Mungkin dikalangan anda yang gaji beribu-ribu sebulan, apalah sangat nak dikira dengan duit 25 sen. Duit belanja sekolah anak pun lebih daripada itu mampu diberi, betul tak?

Tapi tahukah anda nilai 25 sen dimata mereka yang hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang? Teringat saya nasihat seorang kenalan..

"Dik, kalau mampu berjimat, jimatlah walaupun lima sen,,memang bagi orang yang senang tak ada maknanya lima sen, tapi bagi orang susah macam akak ni, dengan lima sen tula yang mencukupkan duit akak nak beli roti. Masa suami akak berhenti kerja, susah sangat.

 Makan apa yang ada je, yang penting belanja untuk susu anak. Pernah sekali tu masa hantar suami akak pergi interview kerja, akak dah lapar sangat. Sementara tunggu suami siap interview akak tengok dalam dompet cuma ada RM0.55, sedangkan roti tu harganya RM0.60. 

Tangan dah menggigil sebab terlalu lapar. Rasa macam nak minta sedekah masa tu, tapi malu sangat. Akak cuba cari lagi kot ada syiling yang terselit, tiba-tiba ada 5 sen, punyalah akak happy terus beli roti dan makan masa tu juga..hanya Allah s.w.t je yang tahu perasaan akak. Betapa  bernilainya 5 sen pada masa tu.

Bagi orang yang tak pernah rasa susah macam akak memang tak akan faham, tapi bagi akak yang dah merasa susah, walaupun 5 sen tetap sangat bermakna dalam hidup akak.

Jika 5 sen sangat bermakan bagi mereka yang susah, apatah lagi nilai 25 sen? Memang patut saya bersyukur atas apa yang saya dapat sekarang.

Anda pula bagaimana?







No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.