Monday, 27 May 2013

Ubat selsema bayi yang selamat

Sebab Arif sekarang ada selsema, pening fikir macam mana nak buat, terfikir kalau pergi klinik nanti Dr. bagi ubat makan, setahu saya ubat selsema sangat lah bahaya untuk baby sampai umur 7 tahun tu. Pernah dengan cerita budak umur 7 tahun koma lepas makan ubat selsema.

Sebenarnya minggu lepas hampir satu rumah dijangkiti selsema dan batuk, masa en. asben pergi klinik ada juga pesan suruh tanyakan Dr., baby dalam hari macam mana nak ubatkan selsema, Dr. cakap letak je kunyit kat hidung baby, kalau tak ada kunyit hidup, kunyit serbuk goreng ikan pun boleh,,terkejut saya dengar, biar betul Dr. ni kunyit goreng ikan? Sebelum ni memang pernah dengar petua hilangkan selsema baby guna kunyit, rupanya ada Dr. yang memang percaya petua macam tu. Oleh sebab kunyit hidup tak ada jadi saya tak buat petua tersebut, kunyit serbuk adalah kat dapur, tapi tak berani pula nk letak kat hidung baby.

Jadi, masa bawa Arif ke hospital hari tu, saya bagitahu Dr. yang Arif kena selsema, Dr. cakap tak pa nanti saya bagi ubat 'titik', Eh ada ubat titik untuk selsema baby rupanya,,ketinggalan zaman betul saya. Lega rasa hati.


Balik rumah buka kotak ubat, saya tengok,,aikk...normal saline, lorr utk mata dan telinga, tak sangka pula boleh guna untuk ubat selsema baby, teringat farmasis tu cakap, baby kecil lagi jadi guna ubat titik sahaja, cara penggunaan titik ubat dalam hidung baby 3 kali sehari, cara titik selang seli antara lubang hidung kanan dan kiri. contohnya pukul 1.00 kita titik sekali sebelah kanan, pukul 8.00 kemudian titik sebelah kiri.

Saya terfikir pasal pula nak selang seli macamtu, oo patutlah kalau titik kedua belah lubang hidung, macam mana baby nak bernafas kan....haha ye juga erk.

2 comments:

  1. memang benar selamat..saya juga sukakan yg titis ni...tp ad sorg doktor wanita dia suh titiskan bile hidung tersumbat shj

    ReplyDelete

  2. Sebenarnya, punca selsema pada bayi dan kanak-kanak boleh dibahagikan kepada faktor intrinsik dan ekstrinsik.
    Faktor-faktor intrinsik yang boleh menyebabkan selsema adalah:
    • alahan kepada diet, habuk, perubahan cuaca dan produk yang dipakai pada badan disebabkan oleh ketidakseimbangan di dalam sistem imunisasi
    • septum hidung yang bengkok

    Faktor-faktor ekstrinsik yang boleh menyebabkan selsema adalah:
    • infeksi seperti jangkitan influenza
    • perubahan cuaca seperti hujan atau cuaca panas terik
    • udara yang kering


    ReplyDelete

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.