Friday, 24 May 2013

Pengalaman Bersalin di Hospital Ampang

Selamat bersalin dah pun pada 3 hb Mei 2013, bersamaan hari Jumaat, jam 12.35 pagi. Orang sibuk nak balik pilihan raya. saya sibuk nak bersalin.

Lahirlah baby boy pointer aka berat cuma 2.6 kg sahaja, tapi oklah sikit berbanding pointer Ali cuma 2.37. Seperti yang dijangkakan kelahiran kali ni awal juga seperti sebelumnya, 36 minggu baby dah keluar.


Arif Hijazi yang bermaksud "bijaksana&kebersihanku"

Sebenarnya ini kali pertama saya bersalin di hospital kerajaan, sebelum ni saya bersalin di ppukm (semi gomen) yang dulu orang panggil hukm, oleh sebab kos bersalin di ppukm dah naik harga dari RM350 untuk bersalin normal sekarang dah jadi RM750.

Jadi saya ambil keputusan bersalin di hospital ampang sahaja, lagi jimat, hospital ampang pun dekat dengan rumah.

Hospital ampang ni oklah juga, selesa sebab bangunannya  nampak baru, kemudahan perubatannya pun baru dan terkini. 

Doktor dan nurse pun ok, layanan bagus, macam yang saya pernah survey di blog-blog lain, kebanyakkannya semua memang puji Doktor dan nurse bahagian bersalin memang bagus.

Suamipun boleh teman masa dalam  'Labour Room', masa bersalin dialunkan dengan bacaan ayat suci Al-Quran, perasaan rasa lebih tenang masa tahan sakit.

Tapi yang tak best bagi saya yang pertama kali bersalin kat hospital ampang, orang yang datang bersalin ramai sangat sampai katil tak cukup. 

Lepas bersalin keluar dari 'Labour Room' dalam pukul 1.30 pagi nurse hantar ke wad, dalam pukul 9.30 pagi saya dengan beberapa ibu lain dah kena turun dari katil dan tunggu untuk discaj dari wad pukul 12.30 tengah hari.

Bayangkan hanya duduk di sofa, bersalin tak sampai 12 jam dah kena duduk menunggu sebab katil tak cukup nak kena bagi pada orang lain pula. Nasiblah katil baby nurse tak minta. 

Walaupun saya faham keadaan wad penuh tapi sedih juga perasaan masa tu. Mungkin sebab sakit dan penat bersalin tak hilang lagi kot.

Satu lagi, proses jahitan masa lepas bersalin memang sakit sebab tak dibius masa kena jahit. Nurse suruh sedut gas ethonox tu je, mamai kepala lepas tu.

Walau macam manapun syukurlah dah selamat semuanya, kos bersalinpun cuma RM55 sahaja. 

Jadi bakal ibu yang merancang nak bersalin kat hospital ampang ni, kena bersedialah mental fizikal,jika kena macam saya.

Kalau rasa budget lebih mintalah second class, tapi cajnya mahal dari ppukm lagi. Oh ya saya bukan orang gomen sebab tu kena caj. Kalau gomen free je,,bertuah orang gomen.



DAPATKAN BUKU--->>>> PANDUAN KEHAMILAN DI SINI<<<<------







1 comment:

  1. Sis thanks for the info this year I have no budget la untuk second baby ni. So I decided Nak pergi hospital ampang wad 3 je sebab I bajet lari bayar rumah bayar takaful and so on.

    ReplyDelete

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.