Tuesday, 28 May 2013

Penapis Air yang 'OK' di pasaran


Bagi masayarkat yang duduk di bandar metropolitan macam saya, penapis air merupakan satu keperluan yang agak wajib ada di rumah.

Mula-mula memang saya fikir buat apa buang duit nak beli atau sewa penapis air, sebelum ni saya tak ambil peduli sangat.

En. asben yang bersungguh nak cari penapis air untuk kesihatan katanya, tapi bila tengok air berkeladak dan berbau karat, saya rasa memang perlu sangat setiap rumah ada penapis air, yang penting untuk minum.

Apa lagi setiap kali buat susu anak saya terfikir air bau karat ke aku nak bagi baby. Jadi saya sokong sahaja keputusan En. Asben untuk sewa penapis air.

Oh ya, penapis air ni dikira sebagai sewa beli sahaja, kiranya bayar secara bulanan selama 5 tahun, Ya la nak beli cash sakit juga rasanya, jadi kami pilih yang sewa beli sahaja.

Setakat ni berpuas hati dengan jenama 'Coway' yang digunakan sekarang, servis pun ok. Penapis air jenis yang ada dirumah saya ni dah lengkap ada air panas, sejuk,dan suhu bilik, jadi kalau nak buat susu anak memang senanglah kerja, tak payah jerang  air atas dapur. 

Satu kelebihan penapis jenis ini, andai kata 'blackout' elektrik terputus fungsi untuk keluar air tetap jalan, cuma panas dan sejuk tu tak adalah.

Apalagi , kalau anda cari penapis air yang 'OK' saya memang cadangan guna jenama 'coway' ops saya bukanlah ejen coway, cuma pengguna yang berpuas hati dengan produk dan juga servisnya.

No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.