Sunday, 26 May 2013

Menu dalam Pantang Bersalin


Inilah menu utama semasa saya berpantang, nasi beras perang, sayur sawi putih masak air dan ikan tenggiri bakar.
Tiga hari pertama makan dengan lada hitam, sayur sawi pun ada letak halia, tapi bila Arif ada jaundis, nurse suruh berhenti makan halia dan lada hitam. Panas katanya. Setakat ni, sayur memang sawi sahaja yang saya makan, ikan sebelum ni ada makan juga ikan gelama bakar, ikan merah bakar, yang pasti ikan tenggiri bakar juga yang sedap. Ada juga tukar lauk ikan selar kuning singgang, tapi tak berapa menyelerakan. Dalam pantangpun 'demand' kan...

Oo saya tak boleh makan ikan kering, masa pantangkan Ali dulu, makan ikan talang kering bakar,menyebabkan gatal, terus stop. Samalah tempe pun boleh jadikan gatal-gatal.

Untuk pagi dan petang menu utamanya biskut kering/cream cracker je.



Jadual makan saya dalam pantang saya ikut waktu hospital, walaupun ada juga masa terbabas.

Sarapan- 9-10 pagi- Biskut kering/cream cracker/roti+ indocafe/Vico

Makan Tengah Hari - 12.30-2.00 - Nasi+lauk+sayur+buah+air kosong

Minum Petang-4.00-5.00 - Biskut kering/cream cracker/kuih muih + indocafe/Vico

Makan Malam- 7.30-8.30 - Nasi+lauk+sayur

Minum Malam- 10.00 - Biskut kering/cream cracker + Vico

Banyakkan waktu makannya, untuk elak berat badan naik mendadak saya kurang kan kuantiti nasi, lebihkan sayur dan minum banyak air kosong. Macam saya jadul makan berpantang macam ni yang paling sesuai sebab saya susukan baby dan memang cepat lapar.


***yang kelakarnya, masa makan kat hospital tak ada plak pantang, hidang nasi ayam pun saya makan, dah lapar nak buat macam mana kan..












No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.