Tuesday, 28 May 2013

Jus delima untuk tambah darah masa mengandung

Masalah hb low atau kurang darah ni biasa berlaku di kalangan ibu mengandung. Semasa mengandung inilah masalah utama saya. Setiap kali cek hb mesti low/rendah paling teruk 7.0 sahaja, paling tinggi 9.5, tak pernah nak lepas 11.0 iaitu paras hb normal untuk ibu mengandung.

Apa yang saya nak kongsi di sini, pengalaman kali pertama hb saya berjaya naik ke paras normal, itupun tahu dah saat akhir, itu pun masa saya check up oleh Dr. untuk masuk wad bersalin.

Sini saya letak perbualan saya dengan member forum, info ni saya dapat dari dialah,

Kawan : ari ni hB aku naik dr 10.6 - 11 - 10.9 dan hari ni 11.7....Alhamdulillah

Saya: wow byk naik tu, bagusnya,,agak2 sbb minum jus delima tu ke yg naikkan ko nya hb?
iberet still mkn x?

Kawan: rasanya...sb aku mkn jus delima tu agakny....n iberet folic tu pun makan juga...
semalam aku pi beli pati ayam brand....nurse kata boleh minum utk tambah darah juga,
 lagi satu nurse tu kata kajian terbaru SOYA x leh muinum sb nnati penyerapan zat tu jadi slow...
so dia x bagi aku minum soya sb takut HB darah aku turun balik.....
aku baru jer beli shaklee ESP baru makan 2minggu nampaknya kena stop larr kejap....

Saya: me pun try jus delima yg sama, mmg betulla boleh naikkan hb, 
selamat bersalin dah pun skrg ni, sblm bersalin tu Dr cek hb naik 11.25, 
amazing, padahal minum baru seminggu gitu, ada lg baki 
me sambung minum dlm pantang skrg 



Jus Delima Gulsan dari Turki
Harga: RM20 - kiosk KL Central

Oleh sebab jus ni berkhasiat, rasa macam nak jadi pengedar pula, cara minum saya bancuh 1 sudu teh jus dengan segelas air kosong, tambah sikit gula perang untuk bagi manis. Sedap, rasa macam air asam jawa, kalau tak campur gula rasanya masam sangat.






No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.