Friday, 31 May 2013

Doa Mama untuk Kakak..

Jam 11.00 malam tadi, si kakak  dah berlepas ke kampung,. berlepas.. hehe macam naik kapal terbang pula, naik bas ke penang ikut toknya balik kampung sambut kenduri kawin sepupu di sana. Saya dan en.asben tak dapatlah nak menghadirkan diri memandangkan  masih lagi dalam pantang.

Memang tak mampu nak ber'travel' selama lebih kurang 5 jam untuk sampai ke penang. Pengsan mak..sebenarnya ini kali pertama saya melepaskan anak dara sunti saya tu, balik kampung ikut tok tanpa saya dan suami. Risau,,ada juga kerisauan, biasalah mak ayah mana tak risau bila anak berjauhan. Walau macam manapun sebagai ibu bapa kenalah bertoleransi juga dengan anak-anak.

Teringat saya masa umur sedang si kakak,  memanglah 'excited' bila dapat peluang berjalan. Ingat lagi dulu saya suka sangat ikut sepupu bermalam dirumahnya masa hari raya. Mesti nak ikut balik, puaslah merayu pada mak nak ikut, mak mula-mula biasalah tak bagi. Tapi lama-lama bagi juga ikut, malas nak dengar saya merengek, akhirnya mak bagi juga pergi.

Hah perasaan gembira tak terkatalah bila dah dapat 'lampu hijau', rasa dunia ni ana yang punya, seronok dapat melepaskan diri daripada hiruk piruk adik-adik yang lain.  Kak long lah katakan. Walaupun seronok dapat lepaskan diri, dalam hati ini hanya Allah sahaja yang tahu saya sangat sayangkan adik-adik saya.

Itu dulu kenangan zaman kanak-kanak, bila dah jadi mak orang sekarang, terdetik di sudut hati,,,betapa saya  kerugiaan masa emas bersama adik-adik saya masa tu, patutnya saya bersama adik-adik pada hari pertama hari Raya,,menyesal juga, tapi ada hikmahnya..

Pengalaman berharga yang saya tak dapat beli dimana-mana, bila ikut sepupu bermalam dirumahnya,dapat belajar banyak perkara tentang rutin hidup sebagai seorang islam yang sebenar, makcik pakcik saya ustaz dan ustazah, disana saya belajar solat berjemaah, mengenal Al-Quran, adab makan, semuanya ilmu yang sangat berharga yang saya kenang hingga sekarang.

Bersyukur sangat sebab berpeluang merasa semuanya. Malah jauh disudut hati saya sangat berterima kasih pada sepupu, makcik pakcik yang telah banyak mengajar saya mengenal jati diri sebagai seorang muslimah. Saya sayang sangat diaorang

Ops kembali kepada si kakak, masih lagi dalam perjalanan ke penang, jam 5.00 pagi nanti sampailah dia di penang. Berbakul peringatan saya bagitahu pada si kakak tadi, supaya jangan nakal, dan dengar cakap Tok bila berada di kampung. Pesan juga supaya dia jaga diri masa kat sana, sebab saya dan babahnya tak ada untuk tengokkan dia.

Semoga diaorang selamat sampai, pemandu bas bawa berhati-hati dan sentiasa dibawah rahmat jagaan Illahi. Amin..

No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.