Friday, 24 May 2013

Cuti sekolah jalan-jalan di Taman Tasik Permaisuri

Cuti sekolah dah start, jadi apa lagi mama, abah boleh plan nak bawa anak jalan-jalan. Mesti ramai ibu bapa yang dah rancang awal nak bawa anak pergi melancong kan.

Yang dah ada budget lebih bolehlah bawa anak melancong luar negara atau tempat peranginan dalam negara, yang budget ciput macam saya ni rancang bawa anak ke taman awam sahaja lah. Taman mana yang best.

Kali ni saya nak ajak ke Taman Tasik Permaisuri, Cheras. Kenapa menjadi pilihan? Sebenarnya Taman Permaisuri ni dekat aje dengan rumah.

Boleh dikatakan hampir setiap hujung minggu saya memang akan bawa anak ke sini. Yang menariknya Taman Permaisuri bagi saya,

1. Taman permainan kanak-kanaknya luas dan banyak pilihan.



2. Ramai penjaja disini, macam-macam ada, paling istimewa kalau nak makan sengkuang bersos tabur kacang boleh datang sini..sedap!

3. Kemudahan asas seperti parking dan tandas awam pun baik, cuma parking kalau masa ramai orang memang susah sikitlah nak dapat.

4. Kawasan Taman terjaga baik oleh pekerja-pekerja awam, kata mudah kebersihan ok.

5. Kawasan riadah untuk jogging, berbasikal, kedai makan pun ada. Mudah dan selesa.


Jadi apa lagi para ibu bapa, sempena musim cuti sekolah ni, luangkanlah masa untuk bawa anak-anak berjalan, bukan apa kesian anak-anak kalau asyik terperuk dirumah sahaja.

Apatah lagi kalau duduk rumah apartmen macam saya ni, kalau tak keluar ke taman, tak jejak kaki lah anak-anak ke tanah jawabnya.




2 comments:

  1. berbasikal tu sewa atau persendirian?

    ReplyDelete
  2. setahu saya berbasikal utk persendirian je,, kalau suka berbasikal kat FRIM ada aktiviti boleh sewa basikal. Sana pun best.

    ReplyDelete

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.