Friday, 31 May 2013

15 Tips elak jaundis bayi semasa mengandung



1. Minum air glukos original semasa kandungan nak masuk 9 bulan

2. Minum susu kambing semasa mengandung

3. Jangan makan jeruk semasa mengandung

4. Jangan makan junk food

5. Jangan makan kacang parang.

6. Makan makanan yang kaya dengan vitamin D cth seperti minyak hati ikan, ikan air masin, hasil tenusu & telur mentega, minyak ikan kod, hati, susu, ikan salmon , sardin, ubi kentang, tuna & minyak sayuran.

7. Elakkan minum ais.

8. Makan epal hijau, anggur dan buah delima

9. Minum susu yang dikisar bersama kurma.

10. Elakkan makan kerang

11. Elakkan makan mee segera

12. Amalkan minum jus pegaga

13. Elakkan makanan yang mengandung MSG- Bahan perisa tambahan

14. Elakkan minum air berkarbonat.

15. Kurangkan makan makanan yang beta kerotin tinggi seperti betik, lobak merah


Setelah mengugel, di atas adalah tip yang saya berjaya kumpulkan untuk elakkan bayi yang bakal dilahirkan kena jaundis macam baby saya Arif, ada juga yang memang saya dah amalkan, macam minum susu kambing, masa mengandungkan Ali memang saya kerap minum, Alhamdulillah Ali tak ada jaundis.

Tapi masa Arif saya memang tak minum susu kambing sebab loya, teruk kuningnya dah sampai jadi prolong jaundis, terpaksa jumpa pakar sekarang. Ermm ada juga yang menjadi antara tips yang ada kat atas. 

Jadi para ibu-ibu boleh lah cuba dan berdoalah semoga baby yang dilahirkan nanti tak kena jaundis dan tak perlulah kita bersusah payah nak bawa baby cek darah selalu dan baby pun tak terseksa kena cucuk.






4 comments:

  1. wah,petua yg bgus
    tq mommies!!!! due next month, wish me luck.

    ReplyDelete
  2. Insya'Allah, semoga dipermudahkan ya :)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum kak, thanks bagi tips. sheila cedok masuk entri sheila dan kredit ke entri akak ye... terima kasih banyak ~~~

    ReplyDelete
  4. Waalaikumsalam Sheila, orite, xde masalah :)

    ReplyDelete

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.