Friday, 8 February 2013

Mengurus waktu belajar anak

Sebagai ibu bapa pembelajaran anak merupakan perkara penting yang perlu dititik beratkan.

Terutama bagi anak yang masih bersekolah rendah, ini kerana mereka umur mereka yang belum cukup matang dan memerlukan bimbingan dari ibu bapa dalam mengulang kaji pelajaran setiap hari.

Tabiat belajar setiap hari harus diterapkan seawal yang mungkin supaya anak tidak ketinggalan di dalam pelajaran.

Namun berapa ramai ibu bapa yang berjaya menguruskan pembelajaran anaknya setiap hari, malah tidak keterlaluan jika kebanyakan ibu mengharapkan seratus peratus kepada pihak sekolah untuk menentukan kecemerlangan anak mereka di dalam pelajaran.

Oleh itu sebagai ibu bapa, seharusnya sama-sama menyumbangkan kepada ilmu kecemerlangan anak-anak di dalam pelajaran supaya anak boleh menjadi insan yang lebih bijak dan berkeperibadian tinggi.

Malah  ibu bapa yang sama-sama berusaha untuk memastikan anak cemerlang di dalam pelajaran akan meningkatkan lagi keyakinan anak untuk lebih berusaha menjadi pelajar yang cemerlang di sekolah.

Bagaimana untuk mengurus waktu belajar anak? Kuncinya adalah ibu bapa perlu mengambil tahu silibus pembelajaran anak untuk setiap pelajaran yang diambil oleh anak.

Ini bermakna ibu bapa juga perlu sama-sama belajar seperti anak-anak jika tidakpun mengetahui tajuk-tajuk atau isu yang perlu dipelajari oleh anak mengikut level umur mereka.

Klik di sini: Menyusun Jadual Study Anak



No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.