Thursday, 7 February 2013

Dilema seorang mama 2..

Meninggalkan kerjaya yang sempat dikecapi hanya 3 bulan, seperti mana air mata pernah menitis kerana hendak meninggalkan anak-anak ditaska, seperti itu juga air mata mengalir kerana terpaksa melepaskan kerjaya yang diperlukan, ah! perempuan mudah sangat mengalirkan air mata.

Kerjaya yang terpaksa dilepaskan kerana ketidakmampuan diri ini untuk menghadapi lagi, almaklum sahaja bagi wanita mengandung pada trimester pertama, loya mabuk memang sangat menduga, sampaikan pernah patah balik semasa dalam perjalanan ke pejabat kerana badan yang tidak sihat. Dalam menempuh kerja yang agak ketat bagi seorang pekerja baru, akhirnya diri ini mengalah walau cuba juga minta cuti tanpa gaji dari majikan, tapi faedah tersebut tidak termaktub untuk pekerja yang masih dalam kontrak. Akhirnya kata putus terpaksa diambil iaitu meletak jawatan. Selamat tinggal kerjaya yang baru hendak bermula, maka kembali ke asal menjadi seorang suri rumah tangga sepenuh masa. Sayang? mahu tak sayang melepaskan gaji eksekutif yang cuma sempat dirasa selama 3 bulan. Tapi apa boleh dibuat jika kesihatan memang tidak mengizinkan, terpaksa rela dalam paksa.

Kehidupan sebagai seorang wanita yang berkerjaya selama 3 bulan, bukanlah sia-sia, kerana saat itu dunia sebenar ibu yang bekerja dapat juga ditempuh. Wah! sangat memenatkan, bukan tidak ada pengalaman bekerja sebelum ini cuma persekitaran kerja tempat baru tentulah berbeza dengan yang lama. Walau seketat manapun persekitaran kerja itu memang perlu diterima oleh kita, kerana tempat kerja memang tidak akan menyesuaikan diri dengan kita, tapi diri kita yang perlu menyesuaikan diri dengan persekitarannya. Itu atas diri sendiri sama ada dapat menerima ataupun tidak.

Persoalan bagi ibu bekerja ini pula bukanlah mengenai tempat bekerja sahaja, kerana jika badan sihat seketat mana pun persekitaran, tentu kita masih boleh bekerja, cuma mengenai 'persekitaran' rumah tangga sahaja yang akan menjadi isu, bila gaya hidup sekelip mata berubah, segalanya, dari segi masa nak mengemas, membersih dan menguruskan anak-anak, memang sangat mencabar, kerana kepenatan segala tanggungjawab dirumah memang tak dapat dilaksanakan dengan baik. Mungkin ini kerana tahap kemampuan seorang ibu itu berbeza-beza, ada yang bertenaga macam superwoman dan ada juga yang 'nasibla rumah' mama tak larat.

No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.