Thursday, 7 February 2013

Dilema seorang mama 1..

Tak habis-habis dilemanya hidup ini, lagi 4 bulan bakal melahirkan amanah Allah S.W.T yang ke 3, perasaan sama juga seperti sebelum ini kadang kala gementar mengenangkan wanita yang bersalin nyawanya ibarat telur dihujung tanduk, bukan ke nyawa kita memang setiap saatnya seperti itu? Ya, ajal dan maut tidak dapat kita tentukan, mungkin dalam 5 saat lagi kita dipanggil mengadap Illahi, siapa yang tahu? cuma berharap dan berdoa semoga masih diberi peluang oleh Allah S.W.T untuk bernafas di bumi ini dan sempat melihat anak-anak membesar menjadi insan soleh dan solehah. Apa sahaja harta yang paling berharga di dalam dunia ini jika bukan anak-anak sebagai pewaris kita kelak.

Dilema yang sebenarnya bukanlah soal hidup atau matinya semasa melahirkan anak nanti, sebab sudah jelas ajal dan maut memang sudah ketentuaNya, tapi lebih kepada keputusan yang perlu dibuat mengenai kerja atau keluarga, persoalan yang tidak terjawab sejak 3 tahun lepas, ketetapan hidup yang berubah-ubah. Bagi seorang wanita yang bergelar ibu antara dilema yang sering dihadapi ialah membuat keputusan sama ada meneruskan kerjaya atau menjadi suri rumah sepenuh masa mendidik anak dengan tangan sendiri.

Setelah merasa menjadi suri rumah hampir 3 tahun, pelbagai pahit manis dan pro kontranya dapat dirasai. Namun ada satu perkara yang membuatkan hati sebolehnya tidak mahu bekerja di luar dari rumah adalah kerana anak! Ya, melihat anak membesar dihadapan mata sendiri, bersusah jerih menguruskan mereka walau tidak sesempurna mana merupakan satu pengalaman yang tidak boleh dijual beli dimana-mana. Bagi seorang mama yang perisau seperti ini bila sahaja membaca kes penderaan kanak-kanak di dada media, bagaikan satu rahmat dapat menjaga anak-anak sendiri. Sudahnya bagaimana dengan kerjaya yang semakin menguncup tidak berkembang seperti bekas rakan sekuliah yang lain, yang gah dengan kerjaya mereka di paparan FB,Twitter dan blog. Adakah seorang graduan yang tidak bekerja makan gaji ini erti mudahnya sekadar menjadi suri rumah tangga  adalah seorang yang 'Gagal' dalam kerjaya?

Dilema ini belum berakhir bagi seorang ibu yang masih tersepit dipersimpangan antara keingingan kerjaya, tuntutan ekonomi keluarga dan juga nasib anak yang bakal hidup di taska, kerana selagi satu ketetapan, nekad dan keikhlasan dalam menentukan jalan hidup yang telah ditakdirkan tidak dapat dibuat, selagi itulah seorang ibu masih lagi berendam dalam perasaan yang sama walau telah 3 tahun berlalu...

No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.