Tuesday, 22 January 2013

Memupuk Sabar, Mengawal Marah


Manusia mana yang tidak pernah melakukan kesilapan, manusia mana yang sempurna selain utusan daripadaNya. seharusnya kesilapan dan kekurangan orang lain janganlah dijadikan lesen untuk memarahi orang lain secara berlebihan.

Tidak salah berasa marah kerana itulah fitrahnya manusia, tetapi belajarlah bersabar dan mengawal kemarahan bagi mengelakkan hubungan yang jernih menjadi keruh, ukhwah yang mesra bertukar hambar.

Marah adalah sifat negatif yang sentiasa perlu dikawal dengan kesabaran yang tinggi. Bukankah 'sabar' itu separuh daripada iman?

Secara tidak langsung apabila berjaya mengawal api kemarahan iman dijiwa akan terjaga dan diri yang serba kekurangan boleh di didik menjadi insan yang lebih tenang.

Membuang sifat-sifat negatif didalam diri memang bukanlah satu perkara yang mudah. Namun jika terus berusaha untuk berubah, dan berdoa kepadaNya, Allah yang maha penyayang pasti akan membantu.

Marah yang tidak terkawal bukanlah setakat memberi imej buruk kepada diri sendiri, malah boleh menganggu kesihatan melalui tekanan perasaan yang berlaku kerana marah.

Degup jantung yang tenang menjadi tinggi secara mengejut, tentu sahaja memberi kesan kepada tubuh badan, terutama bagi mereka yang mempunyai masalah darah tinggi dan jantung.

Marah adalah api yang membara, manakala syaitan adalah sumbernya, padamkan kemarahan dengan kesabaran yang tinggi. Kesabaran yang tinggi memerlukan iman yang kukuh akal yang positif.

Tariklah nafas sedalamnya disaat marah, menangislah jika ia boleh memadamkan kemarahan, duduk jika sedang berdiri, berbaringlah jika sedang duduk.Supaya rasa marah yang mencengkam jiwa terlerai dan ketenangan kembali semula.

Walaupun sukar bagi mereka yang sememangnya ditakdirkan panas baran. Amalkanlah zikirullah 'Lailahailallah' tiada yang lain selainMu ya Allah yang lebih berkuasa mengatasi segala kemarahanan di dunia ini. Insya'Allah.

1 comment:

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.