Tuesday, 22 January 2013

Hiduplah dalam rumah yang bersih

Tinggal di dalam rumah yang bersepah dan kotor, ibarat hidup di dalam sampah. Sikap ambil lewa terhadap kebersihan tanpa disedari adalah sikap hodoh yang mencerminkan peribadi yang pengotor.

Mungkin ramai yang tidak sedar 'kebersihan juga separuh daripada iman', bukan sahaja sifat sabar, malahan kebersihan adalah dituntut ke atas setiap umat islam. Allah kasih kepada orang-orang yang bersih seperti firmanNya di dalam surah Al-Baqarah, Ayat 22.

Bagaimana hendak beribadat dengan sempurna jika keadaan rumah tidak dijaga kebersihannya, sampah sarap merata-rata, habuk tebal berkerak, air kencing anak kecil tidak dicuci sempurna, pinggan kotor berlendir tidak dibasuh berhari-hari,buku-buku berterabur, habuk rokok penuh secawan,pokoknya sakit mata memandang, jiwa juga tidak tenteram.

Kunci rumah yang bersih adalah 'rajin', jika rajin apa sahaja kerja pasti boleh dilaksanakan dengan sempurna. Tetapi jika diri memang ada penyakit 'Malas' najis depan matapun boleh buat tidak nampak, bau yang busuk boleh dihidu dengan selesa.

Namun dalam menjaga rumah supaya sentiasa bersih, bukanlah hanya bergantung pada seorang individu sahaja untuk menjayakannya. Kerjasama ahli keluarga sangat penting. Kerja rumah yang sangat banyak perlu ditanggung oleh semua orang, supaya tidak hanya seorang yang terbeban untuk membersihkan rumah.

Jika yang tinggal didalam satu rumah lima orang dan berusaha untuk menjaga kebersihan hanyalah seorang, istilah rumah yang bersih memang tidak akan tercapai. Kecuali jika ada menggunakan pembantu rumah yang tugasnya memang membersihkan rumah setiap hari.

Rumah yang bersih dan kemas bukan sahaja menjamin ibadat boleh dilaksanakan dengan lebih sempurna, malah menenangkan jiwa walaupun diri dihimpit pelbagai masalah. Kesihatan lebih terjaga malah keluarga lebih harmoni dan sentiasa bahagia. 'Dan pakaianMu bersihkanlah! Firman Allah surah Al-Muddatstsir, Ayat 4.

Hiduplah dalam keadaan bersih dan kemas, kerana Islam itu agama yang bersih dan indah.






No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.