Wednesday, 19 December 2012

Solat dihujung waktu, tabiat buruk perlu diubah


Setiap hari jika tidak solat dihujung waktu adalah mustahil, selagi ada masa yang boleh dilengahkan walaupun tinggal seminit masa itulah baru sibuk mengambil wuduk dan besiap untuk solat.

Solat Zuhur mengahampiri Asar. Solat Maghrib menghampiri Isya', sudahnya kadang kala azan sudah berkumandang solat sebelumnya masih belum selesai ditunaikan.

Hamba apakah ini yang mengaku takutkan Allah s.w.t tetapi berani pula sembahyang sekadar melepaskan batuk ditangga. Bagaimanakah hendak dinilai hamba seperti ini, di sisi Allah s.w.t sentiasa menjadi mereka yang terakhir datang mengadapNya.

Mengapa tidak boleh menjadi golongan awal yang datang menyembah Allah s.w.t. Kerana iman yang lemahkah atau kerana 'kemalasan tahap melampau' telah menyelubungi diri.

"Alah apa kisah, bukannya tak sembahyangkan, cuma lewat je dalam waktu lagi,bukannya tak sah", "Aku bukan apa nak jimat masa dalam ofis mana  boleh kerap keluar solat, nanti ada yang mengata 'tuang kerja'.

Berbagai alasan, terutama kerana waktu bekerja. Memudahkan urusan kerja, tetapi terlupa di alam kubur bolehkah menyatakan alasan tersebut untuk melepaskan diri. Bukan lagi diri,,bukan lagi jasad,,tapi roh setiap mukmin perlu menanggung segala amalan di dunia yang telah ditinggalkan.

Jiwa selalu keluh kesah merasa tidak tenang, masa terasa cepat berlalu, setiap masalah yang menimpa diri hanya selesai di saat-saat akhir, begitulah antara kesannya ke atas hamba Allah s.w.t yang suka solat dihujung waktu. Tanpa disedari ianya mempenagaruhi hidup seharian yang dilalui.

Berubahlah wahai diri, sementara sihat sebelum sakit. Kerana ketika sakit badan yang lemah tidak akan sehebat dulu untuk menunaikan ibadat kepadaNya.

Segala-galanya terhad, tenaga yang ada telah habis digunakan untuk melawan kesakitan. Berubahlah sementara Ya Rab memberi 'masa' yang ada untuk dinikmati atas dunia yang indah menjadi buruan setiap insan.


1 comment:

  1. betul tu..sama2 la kita berubah selagi masih di beri kesempatan

    ReplyDelete

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.