Monday, 17 December 2012

Belajarlah bersyukur wahai hati...

Mengapa hati tidak pernah bersyukur atas segala kurniaan Allah s.w.t. Mengapa hati tidak pernah puas atas segala yang telah dimiliki. Dalam keperluan yang masih tertunai, masih juga kekurangan yang dirasai. Kekurangan diri bila dibandingkan dengan orang yang lain.

Mengapa mesti membanding-banding hidup sendiri dengan orang lain, mengapa mesti cemburu atas kelebihan orang lain. Hati apakah ini, sentiasa merasa tidak bahagia atas kebahagiaan orang lain. Bukankah sepatutnya kita berdoa semoga semua hamba Allah s.w.t di muka bumi ini merasa bahagia? Hati apakah ini seperti syaitan yang suka melihat manusia kesesatan. Astaghfirullah, Ampuni dosaku ya Allah, ampunkan hati yang kotor ini,bersihkannya, pimpin kejalan diredhaiMu ya Allah.

Hati yang sentiasa belajar bersyukur, tak akan pernah merasa kekurangan duniawi ini sebagai satu beban, hati yang bersih tidak akan pernah berduka cita atas kelebihan orang lain, hati yang baik sentiasa mendoakan kesejahteraan orang lain. Hati yang tulus sentiasa mencari keredhaanNya. Bukan tidak tahu ketika jasad di liang lahad duniawi hanyalah kenangan. Bukan tidak tahu ketika jasad dan roh ini terpisah yang akan ditanya hanyalah Amalan.

Belajarlah bersyukur wahai hati...

Ketika kau menaiki BMW ingatlah mereka yang hanya mampu menaiki Grand Livina,
Ketika kau menaiki Grand Livina ingatlah mereka yanga hanya mampu menaiki Wira,
Ketika kau menaiki Wira ingatlah mereka yang hanya mampu menaiki Kancil,
Ketika kau menaiki Kancil ingatlah mereka yang hanya mampu naik Motor kapcai,
Ketika kau menaiki Motor kapcai ingatlah mereka yang hanya mampu menaiki Bas,
Ketika kau menaiki Bas ingatlah mereka yang hanya mampu berjalan Kaki,
Ketika kau berjalan Kaki ingatlah mereka yang hanya mampu Berkerusi Roda..
Ketika kau berkerusi roda ingatlah mereka yang terbaring kaku,
Ketika kau terbaring kaku bersyukurlah kau masih lagi bernafas...

No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.