Monday, 26 November 2012

Wanita hamil dan kerjaya baru

Agak berat dugaan ini. Bagi wanita yang baru sahaja memulakan kerjaya,pada masa yang sama disahkan hamil. Rezeki berganda? Ya itulah rezeki berganda, rezeki kerjaya baru dan rezeki anak baru.

Memulakan kerjaya dengan dugaan kesihatan wanita hamil pada trimester pertama memang sangat mencabar, Jika patah semangat mungkin 'surat resign' sahaja yang dihulur diakhir kemampuan yang sangat memenatkan menahan pening dan loya ditekak yang tiba-tiba menyerang. Seluruh tenaga seperti diserap satu kuasa yang akhirnya melemahkan seluruh tubuh badan. Keletihan mengandung di trimester pertama amat membebankan terutama bagi wanita yang mengalami alah tersebut.

Kesabaran tinggi sangat diperlukan bagi wanita yang hamil tetapi perlu bekerja di pejabat. Jika menurut rasa hati, ingin sahaja memerap dirumah hingga sampai waktu kelahiran, tapi bergunakah jika berada di situasi demikian? Membuang masa sahaja, pada waktu yang sama keletihan ini tidak akan pernah hilang sehingga fasa trimester kedua dimasuki.

Bersabarlah dan bertawakallah, walau bukan senang memujuk hati, Berdoalah semoga dipermudahkan urusan ibu hamil ini memikul tanggungjawab kehamilan dan juga kerjaya. Apatah lagi kerjaya yang baru bermula. Insya'Allah.

No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.