Monday, 3 September 2012

Hidup ini, siapa sangka?


Agak lama saya tak menjenguk ke sini, Ramadan sudah berakhir dan kini kita menikmati Syawal barakah. Segala pahit manis Aidlfitri kini hanyalah kenangan. Begitu juga hidup saya kini, berubah umpama sekelip mata. Segala perancangan, berubah arah berdasarkan keperluan semasa. Hidup ini siapa yang sangka, petang ini saya akan memulakan kerjaya baru berusaha mencari rezeki melunaskan tanggungjawab kepada mereka-mereka yang berhak. Perasaan agak bercampur baur, maklumlah hampir dua tahun saya seorang suri rumah sepenuh masa. Tiba-tiba bertukar kembali menjadi seorang suri yang bekerjaya. Ya, saya kembali bekerja dan terpaksa mengambil masa suami dan anak-anak ketika bekerja.

Oleh kerana waktu kerja saya bukanlah waktu pejabat, erti kata lain mengikut 'shift', maka adakalanya saya perlu bekerja ketika keluarga berada di rumah. Jauh disudut hati saya agak 'terkilan' kerana tidak dapat bersama-sama mereka ketika di rumah. Sepertimana saya rasa kesunyian bila suami tiada di rumah, dan saya berharap suami yang dikasihi tidak merasai seperti yang saya rasai sebelum ini. Saya berdoa semasa ketiadaan saya Allah s.wt sentiasa melindungi keluarga saya ketika saya bekerja.

Tersedarlah saya, bahawa hati saya ini bukanlah sepenuhnya berada pada saya selama ini, betapa setiap ahli keluarga saya memegang hati ini hinggakan hendak keluar bekerjapun saya merasakan amat kesedihan. Manusia memang sukar diduga, dahulu saya rasa amat kebosanan berada di rumah dan bila saya mendapat apa yang saya inginkan mengapa perlu saya bersedih hati? Walau bagaimanapun saya seharusnya bersyukur kerana Allah s.w.t memberi peluang kepada saya untuk menunaikan tanggungjawab saya yang telah tertangguh-tangguh bertahun lamanya. Saya berharap segala urusan kerja dan keluarga saya dipermudahkan Allah s.w.t.

Saya amat berharap segala urusan saya ini diberkati Allah s.w.t, di redhai suami dan difahami oleh anak-anak. Andai kata berlakunya kekhilafan diri ini di masa akan datang, ingatkanlah diri ini. Sesungguhnya saya hanyalah insan biasa yang tidak sempurna.

No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.