Monday, 17 September 2012

Dunia penulisan yang masih di hati

Hampir setengah bulan saya sibuk menduduki latihan asas di tempat kerja baru. Dimana? Belum masanya untuk saya nyatakan dimanakah saya bekerja, bukan bermaksud bersikap sombong menyembunyikan identiti, cuma siapalah saya yang belum habis latihan di tempat kerja, sudah boleh berkongsi pengalaman dengan kalian.

Menjengah ke blog adik penulis efa, terdetik di hati tentang cita-cita untuk menjadi seorang penulis satu hari nanti, ya perasaan itu masih belum terpadam, dunia penulisan masih menjadi impian saya untuk diterokai. Walaupun kekangan masa yang ada agak sukar untuk saya berkarya, saya berazam selepas sahaja habis latihan dan saya mampu menjalankan tugasan kerja saya dengan baik, saya akan menyambung semula penulisan yang telah tertangguh.

Buat masa sekarang memang agak sukar mencari masa untuk berkarya, memandangkan saya perlu menghafal segala maklumat berkaitan perkejaan saya sekarang. Dalam masa satu bulan saya perlu mahir dan ingat segala info mengenai syarikat. Saya yakin bila sahaja saya sudah mahir nanti saya akan mampu menyusun masa saya semula untuk menyambung semula karya-karya saya yang tertangguh.

Berada dalam kekangan waktu sekarang, betapa saya menyedari 'Masa itu emas' seperti surah Al Asri, "Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugiaan" jika tidak memperguna masa yang ada dengan perkara yang bermanafaat dalam kehidupan ini.

No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.