Sunday, 22 July 2012

Tarawih yang tertangguh

Besarnya erti seorang ibu/mama/ummi/mak, bila terpaksa tangguh bersolat tarawih demi jaga anak kecil di rumah. Agak mustahil bagi ibu yang ada anak kecil untuk pergi bertarawih ke masjid,terutama jika kita tidak ada pembantu rumah atau orang dewasa yang boleh  menggantikan kita menjaga mereka.

Bagi mereka yang merasakan kasih pada bulan ramadhan, mungkin terdapat sedikit kekesalan apabila tidak berpeluang untuk bersolat tarawih di masjid. Mungkin cemburu melihat mereka yang berbondong-bondong ke masjid bersama keluarga masing-masing. Namun janganlah kita berkecil hati. Inilah yang dikatakan pengorbanan seorang ibu, demi tanggungjawab kepada anak, tarawih kita tangguh sementara. Beri laluan kepada suami dan kakak/abang si adik sahaja bertarawih di masjid.

Tidak bertarawih di masjid bukan bermakna kita tidak berpeluang menunaikannya. Selepas mereka pulang dari masjid, bolehlah kita pula yang bertarawih di rumah. Minta izin pada suami bagi ruang masa untuk kita menunaikan solat sambil bertadarus.Ambil peluang beribadatlah seikhlas hati.

Lakukan tarawih dengan tenang, bab kata ustaz Don, tarawih itu bermaksud berehat-rehat. Maknanya bersolatlah dengan hikmah, tak perlu bersolat macam ribut...perlahan-lahan..dan tenang adalah yang terbaik.semoga amalan kita diterima di bulan Ramadhan yang mulia.

2 comments:

  1. Tryla bawak ali ke masjid...mana tau dia boleh serasi...huhu..cuba sekali bawak dulu...kalau dia meragam...barulah awk terawih kat umah pastu :D

    ReplyDelete
  2. dah pernah bawa dulu, haha masjid jadi taman bagi dia berlari sana-sini, 'happy' tak ingat,kacau org nk solat je :)

    ReplyDelete

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.