Sunday, 29 July 2012

Ramadhan atau Ramadan?

Ejaan sebenar ialah 'Ramadan' bukannya 'Ramadhan. Kesilapan ejaan dalam puisi 'Cinta Ramadhan' saya  tidak pasti sama ada menjejaskan peluang untuk disiarkan oleh penerbit ataupun tidak.

Menurut penulis-penulis berpengalaman, seeloknya pastikan karya yang hendak di hantar kepada penerbit tidak mempunyai kesilapan-kesilapan seperti ejaan dan tata bahasa yang boleh membuatkan editor 'pengsan' apabila membacanya.

Nampaknya saya perlu memenuhkan ruang menulis 'posting', sebab info mengenai ejaan yang saya beri terlalu pendek dan menyebabkan rupa 'posting' saya terlamapu ringkas dan tidak menarik. Jadi saya ingin berkongsi cerita dengan anda, petang tadi saya ada beli akhabar berita harian untuk menyemak puisi-puisi yang disiarkan. Malangnya puisi yang saya hantar belum lagi terpilih.

Sejujurnya agak kecewa, tapi adakah kerana kali pertama saya hantar karya dan tidak tersiar saya mesti kecewa menangis air mata darah? (saya tidak menagis ya). Jadi saya tidak akan pernah putus asa untuk menghantar lagi karya-karya saya ke pihak penerbit walaupun mungkin penerbit akan rasa 'terseksa' membaca karya penulis amatur seperti saya ini.

Bedoa sahaja seperti kata seseorang untuk saya, setiap usaha yang diiringi doa, insya'Allah akan dimakbulkan Allah s.w.t.


2 comments:

  1. alamak...selalu eja 'ramadhan' gak..salah rupanya..huhuh

    ReplyDelete
  2. itulah, bila rujuk kamus dewan, 'Ramadan' rupanya :)

    ReplyDelete

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.