Monday, 23 July 2012

Karya sulong ke Berita Harian

Belum diterbitkan lagi karyanya, sebuah puisi bertajuk "Puasa Jiwa" baru dihantar ke Berita Harian Ahad lepas. Puisi yang menggambarkan sebagai hamba Allah S.W.T kita berpuasa untuk memahami kesusahan golong fakir yang terpaksa ikat perut untuk terus hidup. Malah kita janganlah memandang hina golongan fakir atau orang susah ini sebagai golongan yang malas berusaha untuk mencari rezeki atau sebagainya.

Pada zaman pemerintahan khalifah Umar Al-khattab, terdapat kisah seorang janda yang terpaksa masak batu untuk mendiamkan anaknya dari menangis sebab lapar. Janda tersebut berharap bila dia masak batu anak dia akan tunggu makanan yang dimasak lalu berhenti menangis dan terlelap tidur sampai pagi. Tapi anak dia tak berhenti menangis hingga khalifah Umar terdengar, seterusnya memberi bantuan kepada janda tersebut.

Apabila kita yang membantu dengan ikhlas golongan fakir ini dengan apa carapun yang halal, di beri pahala oleh Allah S.W.T ke atas kita. Sedar atau tidak secara tidak langsung golongan fakir ini merupakan salah satu jalan menuju ke pintu syurga atau dengan erti kata lain mendidik kita menjadi hamba Allah S.W.T yang lebih bertakwa.



***Harap-harap tersiarlah karya sulong ni. Kalau ada rezeki dan kualiti Insya'Allah, tapi kalau tak tersiar selepas 6 bulan bermakna tak ada harapanlah tu.

Apapun 'jangan pernah putus asa' gagal sekali tak bermakna gagal berterusan, kalau berjaya Alhamdulillah.

~Tips dari adik-adik penulis muda~
Apabila karya tak tersiar selepas 6 bulan boleh hantar surat ke editor untuk minta tarik balik karya dan cuba hantar ke penerbit lain.

2 comments:

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.