Tuesday, 24 July 2012

Hutang 'akhirat' belum berbayar

Hikmahnya bulan Ramadan setiap orang yang peka mula terfikir, sudah habiskah membayar hutang puasa tahun-tahun lepas. Bertuah badan bagi mereka yang telah berjaya menqada' semua puasa yang tertinggal sepanjang hidup atas apa jua alasan.

Bagi wanita pula sudah sedia maklum berapa ramai sahaja yang dapat berpuasa penuh  sebulan. Belum lagi yang langsung tidak berpuasa pada bulan Ramadan kerana bernifas selepas melahirkan anak.

Apapun sebab yang menyebabkan kita terpaksa meninggalkan puasa secara sengaja atau pun tidak, kita perlu ingat selain menqada'kan puasa, kita wajib membayar fidyah atas setiap hari puasa yang di tinggalkan.

Puasa yang ditinggalkan sehingga bertemu Ramadhan seterusnya wajib diganti mengikut bilangan yang ditinggalkan, bagi Fidyah pula, selagi kita tidak bayar ia akan berganda setiap kali datangnya bulan Ramadhan pada tahun berikutnya.

Mungkin ada yang bertanya dimanakah kita nak kira fidyah dan membayarnya? Berdasarkan info terkini kita boleh membayar fidyah di kaunter kutipan zakat berhampiran, cubalah tanya sama ada mereka menerima bayaran fidyah atau tidak.

Kesimpulan yang ingin dikongsi di sini ialah 'puasa yang ditinggal, tidak akan berganda, hanya fidyah yang tidak dibayar akan berganda setiap tahun'.

Jika kita tidak membayar fidyah setelah tujuh tahun, bayangkan berapa hutang 'akhirat' yang perlu ditanggung jika tidak sempat menunaikannya.

Hutang kita di akhirat bukanlah sekadar puasa, sedar atau tidak setiap hutang yang kita buat di atas dunia ini akan dituntut atas kita walaupun kita telah meninggal dunia...

Hutang Duit
Hutang Barang
Hutang Janji

Jelasnya sesuatu yang berbentuk hutang segeralah diselesaikan sementara kita masih bernafas. Perbuatan melengah-lengahkan membayar hutang hanya akan merosakkan masa depan kita di akhirat. Wallah Hualam.


No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.