Monday, 23 July 2012

Al-Quran dan rumah yang runtuh

Selepas bersahur sempat tertengok rancangan kanak-kanak 'Pesan Atok' di TV9. Penyampainya Dato' Abu Hassan Din. Menarik juga walaupun rancangan untuk kanak-kanak, kita yang orang dewasa pun dapat ilmu baru bila tengok rancangan tu.

Dalam rancangan tu penyampai, menceritakan tentang golongan orang yang tak tahu menahu langsung pasal Al-Quran diibaratkan rumah yang runtuh.

Bila rumah sudah runtuh kita tak akan boleh duduk lagi dalam rumah tersebut.Golongan yang langsung tak tahu pasal Al-Quran ini termasuklah yang tak tahu membaca,tak faham dan tak amalkan. 

Selain tu penyampai juga menceritakan orang yang tahu membaca Al-Quran tapi tak membaca Al-Quran setiap hari, diibaratkan orang yang zalim. 

Penjelasan penyampai berdasarkan hadis zaman Rasullallah S.A.W, memang menarik dan terkesan di hati. Mungkin ada yang nak tahu lebih jelas elok bertanya pada ustaz yang lebih arif mengenai hadis tersebut.

No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.