Saturday, 7 April 2012

“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu adalah duhamu,


Malu saya memikirkan, beberapa jam lagi saya akan menjalani temuduga kerja di di sebuah syarikat GLC yang tak kurang gah juga namanya.

Terdetik di hati, apa lagi usaha yang boleh dilakukan sebelum pergi mencuba peluang mendapatkan kerja, maka saya terfikir kenapa tidak saya tunaikan solat duha.

Memohon kepada Allah s.w.t semoga saya mudah menjalani temuduga dan mendapat pekerjaan yang diharapkan.

Pada masa yang sama juga saya terfikir, bila mahukan sesuatu baru nak bersolat duha? sedangkan saya sudah bertahun-tahun tidak mengamalkan solat duha, malah boleh dikatakan walaupun saya mahukan yang terbaik dalam kehidupan ini.

Saya langsung tidak istiqamah mengamalkan ibadat ini.....dan terdetik di hati,,bolehkah saya digolongkan sebagai seorang yang ikhlas dalam menunaikan Solat sunat Duha dipagi hari ini.

Semoga Allah s.w.t mengampunkan dosa-dosa saya, menerima taubat saya, mempermudahkan urusan saya. Memurahkan rezeki keluarga saya.

Walaupun saya sedar, saya bukanlah selayaknya hamba yang diberi segala keistimewaan, namun saya percaya bahawa Allah s.w.t itu Maha Penyayang dan Maha Pemurah. Saya bertawakal kepadaNya.

4 comments:

  1. InsyaAllah long....kalau ada rezeki tidak kemana tapi jika tidak setiap yang berlaku ada hikmahnya :)

    ReplyDelete
  2. Salam, perkenalan. Selamat menyambut ramadan.

    Usahlah malu-malu untuk membuat kebaikan. Insyaallah sekiranya rezeki itu sudah ditetapkan tidak akan ke mana juga.

    ReplyDelete
  3. Ya Angah, rezeki di mana-mana saja, dengan syarat berusaha untuk dapatkan ye tak:)

    ReplyDelete
  4. Ya Cikgu,sebab nak cari kerja baru terfikir nak solat Duha, bukan malu pada orang, tp malu pada yang di atas SANA. :), Macam tak ikhlas je. :)

    ReplyDelete

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.