Thursday, 6 October 2011

Tip Mudah Pakaikan Pampers Baby



Bagi bayi yang aktif dan sudah pandai merangkak, memakaikan pampers atau pakaian pada mereka ibarat satu cabaran pada ibu dan bapa.

Pada peringkat umur begini  keinginan untuk bermain dan mengenal objek yang tinggi menyebabkan mereka tidak selesa atau betah duduk di suatu tempat terlalu lama.

Oleh itu semasa memakaikan pampers/lampin, bayi akan cuba berusaha untuk lari daripada kita, malah akan menjerit seterusnya akan menangis jika tidak dilepaskan.

Jadi mari kita kongsi tips mudah untuk mengatasi cabaran ini

1. Bagi bayi pegang permainan kecil semasa memakaikan pampers.



2. Cuba guna pampers jenis Pull-Up, mudah dipakaikan semasa berdiri.

3. Menyanyi lagu kanak-kanak (jgn lagu cinta plak) untuk menarik perhatian bayi, sambil memakaikan pampers/pakaian.

4.Bercakap dengan bayi dan katakan 'bertenang' / 'sabar' kepada bayi. (Walaupun mereka tidak pandai bercakap, mereka sebenarnya faham apa yang kita katakan).

5. Jangan marah bayi, ibu/bapa harus tenang dan berfikiran positif semasa melakukan tugasan ini, anggap keletah bayi ini sesuatu yang kelakar dan comel. (walaupun hangin juga ada masa)

6. Rajinlah berdoa semoga anak mendengar kata kita sebagai ibu bapa.






No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.