Saturday, 8 October 2011

Situasi Demam Denggi di Malaysia 2011


KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
DIRECTOR GENERAL OF HEALTH MALAYSIA


KENYATAAN AKHBAR

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
Bagi Minggu 39/2011 (25 September hingga 1 Oktober 2011)


Pada minggu ke-39 tahun 2011 iaitu bagi tempoh 25 September
hingga 1 Oktober, sejumlah 324 kes demam denggi dan satu
kematian telah dilaporkan, menurun sebanyak 6 kes berbanding
dengan 330 kes dengan tiada kematian pada minggu sebelumnya.
Terdapat 7 buah negeri yang menunjukkan peningkatan kes
berbanding minggu lepas iaitu Perak yang meningkat sebanyak 16
kes (100%), Johor 11 kes (58%), Melaka 4 kes (80%), N.Sembilan 4
kes (36%), WP Kuala Lumpur/Putrajaya 4 kes (11%), Kedah 3 kes
(60%) dan Sabah meningkat sebanyak 3 kes (60%)(Lampiran A).

Pada tahun 2011 iaitu dari Januari hingga 1 Oktober, sebanyak
14,868 kes dilaporkan, penurunan sebanyak 60% atau 22,551 kes
berbanding dengan 37,419 kes yang dilaporkan bagi tempoh yang
sama tahun 2010. Bagi tempoh yang sama, sebanyak 23 kematian
akibat demam denggi dilaporkan, menurun sebanyak 80% berbanding
117 kematian pada tahun 2010.

Pada minggu lepas, terdapat satu kematian demam denggi
dilaporkan di Negeri Sembilan yang melibatkan seorang pelajar
perempuan berusia 11 tahun. Pesakit yang dua kali mendapatkan
rawatan awal di sebuah klinik swasta, akhirnya dimasukkan ke
Hospital Tuanku Jaafar Seremban pada 22 September 2011 selepas
3 hari mengalami demam. Namun, setelah seminggu dirawat di
hospital tersebut, pesakit meninggal dunia akibat komplikasi iaitu
Dengue Shock Syndrome. Pesakit ini dijangkiti denggi kerana
terdapat pembiakan Aedes yang dijumpai di dalam botol minuman
terbuang di persekitaran kawasan kediaman pesakit.

Sejumlah 65 lokaliti wabak denggi dipantau di seluruh negara,
meningkat 2 berbanding 63 lokaliti pada minggu sebelumnya.
Terdapat empat lokaliti wabak tidak terkawal pada minggu lepas iaitu
AU2 Flat PKNS dan Flat Pandan Perdana di Selangor serta
Corenthian Kondo dan Bintang Mas Kondo di WP Kuala Lumpur.
Tiada lokaliti ‘hot spots’ dilaporkan di seluruh negara.

Kementerian Kesihatan ingin mengingatkan kepada semua
pengamal perubatan, samada kerajaan atau swasta agar sentiasa
peka terhadap kejadian demam denggi di tempat masing-masing dan
tidak mengambil mudah terhadap penyakit ini. Pastikan pesakit-
pesakit yang mempunyai tanda dan gejala demam denggi, terutama
yang mengalami tanda amaran awal segera dirujuk ke hospital
berdekatan untuk rawatan lanjut. Semua kes yang disyaki demam
denggi perlu dilaporkan ke Pejabat Kesihatan yang terdekat samada
melalui telefon, faks, email atau melalui aplikasi online eNotifikasi
Kementerian Kesihatan dalam tempoh 24 jam selepas kes didiagnosa.
Gagal melaporkan kes denggi, pengamal perubatan boleh dikenakan kompaun tidak melebihi RM1000 di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.