Sunday, 2 October 2011

Mak nak pergi 'dating' lah !!

Dialog ni saya terdengar masa lalu kat tv tadi. Anaknya cakap "Apa mak ingat mak tu anak dara lagi ke nak pegi dating?" Haha tergelak sensorang  dibuatnya. Bukan apa joke sangat mak dia sambil ejas tudung ngan sapu gincu depan cermin,dahla umur era 50 an,sibuk bersiap nak keluar dating,, kelakar,,,hehe. Bila tengok gezet drama tu memang kelakar,tapi hati  terdetik,,,jika realiti adakah betul-betul kelakar ke agaknya? Jika ditanya pada seorang anak, kelakar ke bila tengok mak sendiri sibuk bersiap nak berdating?

Sepatut buat pool untuk tengok apa jawapan umum. Dari sudut pandangan peribadi sebagai anak,sejujurnya  agak susah hati jika tengok mak nak keluar berdating. Lagi plak kalau keluar malam. Seperti mana seorang mak/ibu yang risau tengok anak keluar dengan teman lelaki,begitu juga sebaliknya. Sama je...bimbang perkara buruk terjadi. Macam-macam boleh jadi kalau difikirkan, mungkin dirompak,dirogol atau dibunuh...mustahil? Tak mustahil pada zaman sekarang. tengok je berita atau surat khabar, hari-hari ada kes pembunuhan. Semua isu jenayah semasa sekarang memang menakutkan. Apa lagi orang yang kita bimbangkan itu adalah mak sendiri...ermm,,,susah bukan?.

Selain tu, dari sudut pandangan anak juga, bagaimana kita nak meletakkan krediabiliti seorang mak atau ibu itu di mata kita. Kerana mak adalah idola sepanjang hidup kita. Malah darjat kita ini hanyalah dibawah tapak kaki mereka. Ibu,ibu membawa ke syurga merekalah penawar saat kita berduka. Yang menanggung sakit dan seksa masa mengandung dan melahirkan kita. Namun jika mak berperilaku songsang didepan kita haruskah kita tidak hormat mereka?

Dari sudut pandangan seorang ibu, keluar berdating tu biasanya terdiri dari 'ibu tunggal' atau senang kata mak janda /balu. Mak atau ibu ini manusia biasa juga. Ada naluri hati dan perasaan. Seorang manusia yang tahu erti kesunyiaan dan kebosanan bila tak berteman. Sunyi ni sebenarnya satu bentuk 'penyeksaan' atas manusia. Tak percaya?? cuba bersunyian selama seminggu boleh tahan tak? hehehe....jadi salahkah kalau mak keluar nak cari teman? ooo... sesetengah anak akan kata, dahla mak,mak tu dah tua,baik buat amal ibadat. Betul! apa yang anak tu kata,,,namun pernahkah anak itu bertanya mak bahagia tak hidup tanpa ayah? sebelum menyuruh mak hanya beramal ibadat sahaja.

Ermm,, fitrahnya manusia ingin berteman, walau atas nama apapun dia mak/ibu/mama..cuma disini yang nak perlu diselidik dan dikongsi, apakah adabnya seorang ibu tunggal mencari teman? Terutama dari segi hukum syarak., harap entry itu nanti dapat bantu para ibu tunggal menjaga adab untuk berteman...insya'Allah.

No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.