Friday, 7 October 2011

Kari Ayam Simple


Bahan-bahan:
1 inci Kulit kayu manis, 1 bunga lawang & 3 biji bunga cengkih (rempah)
2 sudu besar kerisik
1/2 peket kecil serbuk kari ayam/daging(tambah air jadikan pes)
7 Ketul ayam saiz sederhana (digaul sedikit dengan asam jawa+garam untuk lembutkan lagi ayam)
2 biji kentang (Belah 4)
5 helai daun kari
1 sudu besar cili boh (nak pedas letak lebih)
1/2 biji bawang besar & 2 ulas bawang putih - dicincang/blender
1/2 biji santan
1 mangkuk air
garam,&gula secukup rasa

Cara-cara:
-Panaskan minyak dalam 2 sudu besar, masukkan rempah hingga naik bau.
-Masukkan bawang dan daun kari, hingga kekuningan.
-Masukkan Cili boh gaul garing dan masukan pes kari, kacau sampai nak bau, kemudian baru masukkan ayam.
-Tambah garam gula secukup rasa
-Apabila ayam separuh masak, masukkan kentang dan air tunggu kentang empuk.
-Masukkan santan kacau hingga kuah menggelegak, masukkan kerisik dan kacau, biar 3 minit baru tutup api.

No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.