Monday, 10 October 2011

Jenis beras di rumah anda?

Dirumah  ni, sekarang menjadi amalan kami sekeluarga makan beras perang, start masak nasi beras perang lepas dapat kaunseling dari dietitian kat hukm, puncanya sebab masa pregnenkan ali tahun lepas saya disahkan ada Diabetes Gestasi (Kencing manis semasa mengandung).

Sebenarnya tak sangka boleh kena kencing manis, sebab tak ada sejarah dalam keluarga yang ada kencing manis.

Bila tanya dietitian dia orang cakap, memang sesetengah ibu mengandung boleh kena kencing manis masa mengandung, walaupun tak ada sejarah keluarga, terjadi sebab gaya permakanan zaman sekarang.

Patutla pernah dengar makcik nurse cakap sekarang ramai betul ibu mengandung umur muda-muda lagi dah kena kencing manis.. ..maknanya bukan saya sorang je, ramai sudah yang kena.

Walaupun diabetes ni jadi masa mengandung sahaja, tapi kalau tak kawal ia boleh berlanjutan sampai lepas bersalin, maknanya risiko kemudian hari untuk dapat kencing manis (Diabetes Mellitus Jenis 2) sangat lah tinggi, huhuhu takutnya.

Jadi sebabkan itulah, maka sampai sekarang nasi di rumah adalah nasi dari beras perang, nak ikutkan nasi beras perang ni memang lah tak sesedap nasi putih biasa, sebab teksturnya agak kasar dan warnanya kecoklatan.

Kesian juga tetamu yang datang rumah kena makan sekali nasi jenis ni. Tapi demi kesihatan sekeluarga, terpaksalah berkoraban rasa, malah berkorban duit ringgit sket, sebab harganya mahal sikit dari harga beras jenis biasa 5% hancur. Brand yang selalu beli Sun White Jasmin

Beli kat Tesco je, bagi family kecik  memerlukan 3 pek (5kg) untuk stok sebulan. Jadi kawan-kawan, kalau rasa perlu untuk jaga kesihatan keluarga cubalah bertukar ke beras perang, atau jenis beras lain yang tak tinggi kalori macam basmathi faeza ke,itupun kalau mampu nak makan hari-hari beras basmathi... ekekkeke.

Harga? Biasa Dalam RM 25 ke atas, kalau ada promotion dalam RM19.95 boleh dapat kat tesco. Lagi info Kebaikan Beras Perang

No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.