Saturday, 8 October 2011

Jaga-jaga Denggi


 Anda pernah kena demam denggi tak?  2 bulan lepas dah merasa penangan demam denggi ni, Ya Allah, seksa sangat. Dah ler kena secara berjemaah dengan asben. Seminggu jugala merana seram-seram sejuk akibat denggi.

Mula-mula ingatkan demam makan durian, pergi klinik Dr. cakap suh refer hospital, sampai hospital ambik darah nah ko, PIT darah jatuh menjunam paras bawah normal, apa tu PIT? nanti explain kat entry lain yer.


Yang  sebuk nak citer pasal denggi ni bukan apa, pagi semalam subuh-subuh dalam 4.30 pagi tu, ada orang fogging nyamuk kat area umah ni, area mana? Oo..saya stay kat tengah-tengah KL Komuter ada,ERL ada,LRT ada hahaha teka kat mana tu...

Ops sorry suka lari topik, k...sambung, sebenarnya ini first time tengok orang fogging nyamuk waktu subuh, mungkin orang lain dah biasa, tapi tak bagi saya..huhu..biasa waktu petang je diaorang menyembur....

Jadi, dengan semangatnya saya tanya pakcik gugel info pasal denggi ni sekarang,nampak macam  serius je, risau dibuatnya, dahla pernah kena denggi, dalam seminggu demam tu 4 kali ambik darah untuk test...huhu insaf kejap masa tu.

Untuk pengetahuan semua denggi ni memang tak ada ubat, masa tu hari-hari makanan saya sup ketam, minum 100plus, itupun tau lepas gugel kat tenet ni, alhamdulillah berkesan. Asben dalam masa 3 hari dia makin sehat, cuma saya je sampai seminggu demam.

Jaga-jagala  dengan denggi ni, kalau dah terkena memag teruk sangat, silap hari bulan boleh bawa maut...eh eh bukan nak takutkan ya, ajal maut kita dah ditentukan... cuma nak tolong ingatkan, mana yang ada baby kecik tu lagila kena prihatin pasal nyamuk denggi ni....mesti... 


sebab kalau ada dalam rumah kita bila-bila jer  boleh kena gigit dan dijangkiti demam denggi, kalau denggi biasa   tu takpa lagi,,,,,kalau denggi berdarah??

Nau'zubillah....apapun saya tak leh nak tulis panjang sebab  nak kena kemas opis  dulu, ada lebih 10 tajuk yang dah ready untuk ditulis, so nak kumpul bahan bukti dulu,,,

ops bukan..infonya dulu, nak kena baca, banding, selidik...supaya info yang disampaikan bukanlah info yang menyesatkan.Ya Allah lindungi kami...

Oklah, TQ sangat pada sesiapa yang keep following blog yang serba kekurangan ini dan nah baca sini info statistik denggi terbaru yang  perlu tau... KLIK     disini

No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.