Wednesday, 28 September 2011

Diabetes Gestasi (GDM)

 Diabetes Gestasi (GDM) atau diabetes semasa mengandung adalah keadaan di mana kandungan glukosa di dalam darah melebihi nilai normal yang sepatutnya FBS: 3.5-5.3 mmol/L.


GDM berlaku disebabkan:

- Badan tidak boleh menghasilkan insulin yang cukup untuk memenuhi keperluan yang lebih semasa mengandung.
- Ibu telah telah menghidap penyakit diabetes sebelum mengandung.

Keadaan ini adalah bersifat sementara dan biasanya akan hilang apabila bayi dilahirkan.

Wanita yang mendapat GDM biasanya berisiko tinggi untuk mendapat Diabetes Melitius Jenis 2 pada masa akan datang.

Siapa yang Berisiko mendapat GDM?
- Berat badan berlebihan (obisiti)
- Mempunyai sejarah keluarga yang menghidap diabetes.
- Sejarah Diabetes Gestasi pada kehamilan yang lepas.
- Pernah kematian bayi semasa mengandung.
- Pernah mengandung bayi besar lebih daripada 4 kg.
- Mempunyai tekanan darah tinggi (140/90mmHg).

Komplikasi Pada Bayi
- Bayi besar (makrosomia) lebih 4 kg.
- Masalah pernafasan pada bayi.
- Masalah glukosa pada bayi.
- Penyakit kuning/jaundis.
- Kecacatan pada bayi.

Komplikasi pada Ibu
- Pre-eklempsia - Tekanan darah meningkat, kaki menjadi sembab dan protein terdapat dalam air kencing (proteinuria).
- Berasa tidak selesa atau kelahiran tidak cukup bulan akibat banyak cecair disekeliling bayi.
- Pertambahan berat badan berlebihan akan meningkatkan kemungkinan mendapat diabetes kekal.


Panduan Permakanan
- Makan makanan secara sekata iaitu makanan utama (sarapan, makan tengah hari dan malam)
- Pelbagaikan pilihan makanan (makanan seimbang).
- Makan lebih banyak serat (25g-30g sehari) menerusi pelbagai jenis sayur dan buah-buahan (3-5 hidangan sehari).
- Buah-buahan mesti dimakan tidak lebih daripada 2 kali sehari serta dimakan bersama dengan hidangan lain.
- Makanan tinggi kandungan lemak dan garam hendaklah dielakkan.
- Kekalkan berat badan yang sihat.


Makanan yang perlu dielakkan
- Gula pasir,gula perang, gula batu, gula ising dan manisan.
- Sirap, gula-gula, aiskrim dan coklat.
- Kuih manis, bubur manis, roti manis dan kek.
- Susu pekat manis, jem, madu dan kaya.
- Buah-buahan dalam tin.
- Semua jenis makanan yang ditambah gula.

No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.