Monday, 3 October 2011

Persediaan untuk mengandung

Secara umum sebelum menimang cahaya mata setiap pasangan perlulah bersedia dari segi mental dan fizikal. Asas agama dan ilmu keibubapaan amat diperlukan untuk memastikan proses mendidik anak-anak menjadi lebih mudah. Selain tu persediaan dari segi kewangan juga amat diperlukan kerana sewaktu mengandung dan proses kelahiran banyak perkara yang memerlukan perbelanjaan contohnya kos bersalin untuk ibu, memilih tempat bersalin hospital kerajaan atau swasta, jamu bersalin, pakaian dan sebagainya.

Manakala kelengkapan bayi juga perlu disediakan terutama bagi kelahiran anak pertama yang masih belum mempunyai sebarang kelengkapan seperti kain bedung, barut dan lain-lain lagi. Walau bagaimanapun jika kehamilan terjadi tanpa dirancang seharusnya pasangan perlu menerima dengan hati yang terbuka kerana sebagai umat islam kita mempercayai bahawa anak yang lahir sudah ada rezekinya, tinggal lagi ibubapa perlu berusaha untuk mendapatkannya.

Setiap pasangan yang telah berkahwin pasti mendambakan zuriat mereka sendiri. Namun bukan semua pasangan suami isteri bernasib baik memperolehi cahaya mata dengan cepat. Adakala mereka terpaksa menunggu bertahun-tahun lamanya untuk mendapatkan anak. Bukan setakat itu pelbagai usaha terpaksa dilakukan untuk mengandung. Semua usaha untuk mendapatkan anak juga memerlukan peruntukan yang mencukupi. Jika tidak usaha ini akan tergendala. Oleh itu faktor mental dan fizikal serta kewangan yang kukuh amat diperlukan dalam persediaan untuk mengandung.

Disini terdapat beberapa cara moden atau petua yang boleh dikongsi bersama untuk hamil.

1. Doa
2. Mengira waktu subur isteri
3. Makan Asid Folik
4. Rawatan pakar perubatan
5. Rawatan Alternatif

Info Umum 

No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.