Thursday, 29 September 2011

Masalah dan Risiko Penyakit Ibu Mengandung

Masalah Umum Ibu Mengandung

Terdapat beberapa masalah yang sering dihadapi oleh wanita semasa mengandung iaitu

1. Pening dan Mual (muntah-muntah)
- Atau lebih dikenali sebagai 'morning sickness' . Ia berlaku akibat daripada perubahan hormon di dalam badan. Biasa terjadi di awal 3 bulan kehamilan, namun ia bergantung pada individu, ada juga sesetengah wanita yang mengalaminya bermula pada usia kandungan 4 bulan, malah ada juga yang mengalaminya sehingga waktu bersalin. **


2. Sakit Pinggang,Punggung atau Belakang**
- Pelembutan ligamen-ligamen di bahagian belakang dan punggung mennyebabkan wanita hamil berasa sakit dan tidak selesa. Ia berlaku disebabkan tubuh badan mula berubah untuk menyesuaikan proses kehamilan yang berlaku. Tulang punggung mengembang untuk memudahkan proses kelahiran bayi apabila tiba waktunya. Otot-otot yang turut mengembang akan menyebabkan rasa lenguh dan sengal di sekitar bahagian belakang.


3. Kejang
- Berlaku apabila urat-urat menegang, kebiasaannya berlaku di bahagian betis dan kaki. Kejang terjadi apabila aliran darah di bahagian tersebut terganggu akibat dari beban mengandung yang semakin hari semakin bertambah. Berat badan yang bertambah akan menyebabkan bahagian betis dan kaki terpaksa menampung lebihan berat badan lalu mengakibatkan kekejangan. Kebiasaanya kejang berlaku selepas bangun tidur atau bediri dan duduk terlalu lama di suatu tempat.

4. Sembelit/sukar buang air besar
- Kebanyakan ibu mengandung akan menghadapi masalah sembelit iaitu sukar baung air besar dannajis menjadi keras. Ia terjadi kerana perubahan hormon badan yang menyebabkan usus menjadi kurang aktif. Pengambilan pil zat besi 'Ferrous Fumarate BP' juga dikatakan boleh menyebab sembelit. Namun sembelit boleh dikurangkan jika mengambil makanan yang berserat dan minum air yang mencukupi. Selain itu sembelit juga dikatakan berpunca daripada perubahan rahim ibu yang semakin membesar lalu menghimpit usus besar.

5. Vena Varikos
- Vena verikos ialah sejenis salur darah vena yang besar membenjol dan berliku-liku (ia kelihatan berbelit-belit, bengkak dan membonjol).Tempat yang lazimnya terjadi ialah di kaki dan di bahagian belakang labu betis. Ia jelas kelihatan di permukaan kulit tempat-tempat tersebut.
- Berlaku akibat dari tekanan pembesaran janin ke atas pelvik.




Risiko Penyakit semasa Mengandung

Semasa mengandung kebiasaannya ibu yang sihat tiba-tiba mempunyai penyakit. Ia berlaku akibat dari perubahan hormon atau penyakit yang belum dikesan sebelum ini. Risiko penyakit bagi ibu mengandung adalah seperti berikut:-

1. Diabetes- Diabetes Gestasi (GDM)
2. Darah Tinggi - Eklampsia
3. Alergi
4. Asthma
5. Sakit Jantung
6. Tibi

No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.