Wednesday, 28 September 2011

Kesihatan

Kesihatan adalah aspek yang sangat penting dalam kehidupan,terutama di dalam keluarga. Dewasa ini masalah kesihatan makin menjadi-jadi disebabkan gaya hidup moden yang sangat pantas. Desakan hidup yang berorentasikan material wang dan harta menyebabkan sesetengah kelompok masyarakat terpaksa mengabaikan kesihatan diri dan keluarga. Makanan segera,makan di restoran,makanan sejuk beku diproses adalah antara faktor yang menjatuhkan tahap kesihatan keluarga. Malahan jenis-jenis permakanan ini semakin mendapat sambutan di kalangan pengguna pada masa sekarang. Tuntuan gaya hidup yang mahu segala cepat dan menjimatkan masa terpaksa digadaikan dengan tahap kesihatan yang semakin menurun.

Gaya permakanan merupakan satu faktor besar yang menyumbang kepada peningkatan penyakit-penyakit berbahaya di negara ini. Tanpa kita sedar penyakit seperti kanser,lemah jantung, kencing manis semakin hari semakin meningkat di dalam masyarakat. Oleh itu pelbagai ubat-ubatan dan makanan tambahan boleh dipilih di pasaran, sebagai penawar kepada penyakit yang ada.

No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.