Wednesday, 28 September 2011

Anakku Amanahku



Menitip tajuk di atas,nampak mudah bagi mereka yang bergelar ibu bapa. Hakikatnya mereka sebenarnya bertanggungjawab terhadap kehidupan anak-anak mereka. Bukan semudah kata "anak saya, suka hati sayala nak ajar macam mana!".

Seperti sabda Rasulullah S.A.W, setiap anak yang dilahirkan ke atas muka bumi ini ibarat kain putih, ibu bapa lah yang bertanggungjawab mencorakkannya samada yahudi atau nasrani. Kita ibu bapa sebenarnya diberi amanah yang sangat besar untuk mencorak anak-anak kita menjadi mukminin atau sebaliknya.

Melalui, melihat,mendengar dan membaca kisah anak-anak zaman ini, walau seusia manapun anak itu serta masalah yang sering diperkatakan.

Semuanya mempunyai permasalah sendiri. Permasalahan anak yang tidak menjenguk ibu bapa di kampung, anak yang membuang bapa ditepi jalan, anak yang bebas bersosial diluar dan bermacam-macam keluhan yang boleh didengar atau dibaca, adalah isu yang sering timbul di dalam masyarakat.

Apa yang pasti 'penyakit sosial' memang semakin parah merebak di dalam institusi kekeluargaan kita tanpa kita sedari. Permasalahan sosial di dalam keluarga ini bukan sahaja tentang anak remaja, tapi yang paling utama adalah  tentang seorang anak yang bergelar 'ibu dan bapa' itu sendiri.

Kegagalan ibu bapa menjadi seorang anak yang budiman,mana mungkin menjadi contoh teladan yang baik untuk ditunjukkan pada anak masing-masing.

Ya, tidak dinafikan ada yang tidak setuju kerana,pembesaran dahulu manakan sama dengan sekarang, tapi sebagai hamba Allah S.W.T,siapa kita yang hendak menidakkan karma Allah S.W.T.

Hidup ini ibarat roda,seperti mana kita gagal menjaga amanah diri masing-masing ketika ini, dimasa hadapan dapatkah kita menjamin anak-anak kita akan menjaga amanah mereka.

Bila ditanya ibu bapa mengenai permasalahan sosial yang berlaku pada anak-anak mereka, perhatikan adakah dengan mudah ibu bapa tersebut hendak mengaku bahawa 'rosak' akhlak anaknya adalah berpunca dari dirinya sendiri? Amat sukar bukan? ini normal sebagai naluri manusia biasa yang sangat sukar mengaku salah diri sendiri, kerana fitrahnya manusia itu sentiasa inginkan kesempurnaan di dalam hidupnya.

Oleh itu, dapat di lihat bagi kebanyakan ibu bapa yang mempunyai anak yang bermasalah ponteng sekolah, berzina, lari dari rumah dan sebagainya hanya berkata mudah " anak aku jadi jahat sebab ikut kawan....jenis budak mak bapak tak pandai jaga anak, tahu pengaruh anak orang lain jadi jahat je..".

Berbalik kesalahan orang lain kita nampak, namun kesalahan diri sendiri kita tidak nampak, malah kita sandarkan pula pada orang lain.

Keluargaku Amanahku, bukan penyata biasa, namun itu adalah 'tanggungjawab' setiap ahli di dalam sesebuah keluarga itu.

Bermula dari datuk, nenek, anak dan generasi seterusnya perlu memikul tanggungjawab mendidik keluarga dan diri sendiri ke arah gaya hidup yang di redhai Allah S.W.T. Kepincangan salah satu ahli di dalam keluarga ini, akan mencacatkan perkembangan keluarga ke arah menjadi keluarga yang dirahmati Allah S.W.T.

Usaha mendidik keluarga ke arah hidup Islamik yang sebenar adalah satu amanah yang tertanggung di atas bahu masing-masing. Walau apa pangkatpun kita di dalam sesebuah keluarga itu. Dalam menunaikan amanah, bukanlah usaha mudah, malah dugaan dan cabaran pasti mendatang.

Kelemahan kita dalam menangani cabaran ini, perlu ditangani kerana kekalahan kita menghadapi setiap permasalahan akan mewujudkan lagi kepincangan lain seperti pergaduhan, penceraian dan kematian yang meningkatkan 'tekanan hidup' berterusan.

Lagi info: Anak

No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.