Sunday, 2 October 2011

Kehamilan


Kehamilan terjadi apabila berlaku persenyawaan antara benih lelaki (sperma) dengan benih perempuan (ovum). Proses kehamilan ini akan mengambil masa selama 9 bulan 10 hari atau (lingkungan 40 minggu) berdasarkan trimester kehamilan. Trimester ini terbahagi kepada 3 peringkat iaitu:-

Trimester Pertama - 1-3 bulan
Trimester Kedua- 4-6 bulan
Trimester Ketiga-7-9 bulan

Tanda-tanda Hamil

-Lewat datang haid diiringi cecair putih melekit, cepat penat, loya dan pening, selera makan bertambah, mulut terasa tidak sedap, kerap buang air kecil, alah terhadap bau tertentu, sembelit.

Emosi - Gelisah, sensitif, sedikit tertekan, murung,terlalu gembira,degup jantung laju, berdebar-debar

Fizikal-Payudara mengembang,tegang di bahagian pinggul dan belakang,kulit mungkin lebih cantik atau semakin kusam.

Penjagaan Asas Ibu Hamil 

1. Pemeriksaan Mengandung
- Pemeriksaan awal sebaik saja mengandung
- Mematuhi temujanji lawatan seterusnya
- Berjumpa Dr. jika bermasalah seperti
 * Pendarahan dari faraj
 * Keluar cecair yang berlebihan/luar biasa dari faraj
 * Kurang pergerakan janin
 * Sakit Perut

2. Pemakanan
- Makanlah berbagai jenis makanan dan seimbangkan pengambilannya mengikut panduan piramid makanan.

3. Pertambahan berat badan
-Pertambahan berat badan sihat ialah
-Bagi jangka masa kandungan 5 bulan pertama -0.5kg /sebulan
-Bagi jangka masa kandungan seterusnya-0.5kg /seminggu

4. Penjagaan Gigi
- Jaga kebersihan gigi
- Ikuti pemeriksaan di klinik gigi

5. Ubat-ubatan
-Elakkan memakan ubat-ubatan tanpa preskrepsi/nasihat Dr.

6. Bersalin di hospital
- Patuhi nasihat untuk bersalin di hospital

7. Menjarak Kelahiran
- Sebaik-baiknya 2 tahun untuk memulihkan kesihatan ibu.
- Dapatkan nasihat perancang keluarga daripada anggota kesihatan.

8. Aktiviti Harian
- Meneruskan aktiviti harian
- Tidur dan rehat dengan cukup
- menjaga kebersihan diri
-Gunakan pakain dan kasut yang sesuai

Rujukan: Buku Rekod Kesihatan Ibu KKIA

No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.