Wednesday, 28 September 2011

Keperluan Asas Kewangan yang Kukuh dalam Keluarga

Wang atau duit adalah satu bentuk keperluan dalam menggerakkan hidup. Tiada wang menyebabkan seluruh aktiviti hidup atau kekeluargaan akan terhenti. Kepincangan dalam pengurusan wang di dalam keluarga akan menyebabkan pelbagai masalah akan timbul seperti sumber makanan yang terhad, daya tingkat akdemik yang rendah, rawatan perubatan yang lambat dan bermacam-macam keperluan hidup akan terabai.

Sesetengah pendapat mengatakan wang adalah raja dalam kehidupan. Perpatah ini seolah ada benarnya kerana dewasa ini mengimpikan hidup yang selesa dan sempurna memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Isu kenaikan harga barang menambahkan lagi beban ketua keluarga untuk mencari pendapatan yang lebih di luar. Bukan setakat itu, isu gaya hidup juga lagi menambah keperluan pendapatan yang lebih di dalam keluarga. Oleh itu asas kewangan yang tidak kukuh sememangnya memberi impak yang negatif untuk perkembangan keluarga.

Percaya atau tidak, salah satu punca utama penceraian di dalam negara ini adalah bermula dari permasalahan kewangan yang tidak mencukupi. Melihat pada senario ini, kekurangan wang akan menyebabkan tekanan hidup semakin meningkat di dalam sesebuah keluarga. Malah asas kewangan yang tidak kukuh juga akan membantutkan perkembangan keluarga yang bahagia. Meskipun ada juga yang berpendapat wang bukanlah segalanya dalam kehidupan, mungkin ia lebih bersesuai bagi golongan yang telah mempunyai wang dan harta yang banyak. Bagi golongan yang susah pula, wang adalah satu 'desakan' dan bukan sekadar keperluan.

Bagi menjamin institusi kekeluargaan akan terus kukuh, maka setiap ibu bapa perlulah meningkatkan ilmu pengetahuan mereka dalam pengurusan wang yang lebih berhemah di dalam keluarga.

No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.